Social Icons

Pages

Wednesday, May 12, 2010

Ijazah Farmasi UiTM

Assalamualaikum wbt..

Bila bermula cuti, saya dah tak sibuk dengan buku, test, assignment, presentation dan peperiksaan akhir.. Hari ni nak berkongsi sikit mengenai ijazah sarjana muda Farmasi UiTM.. Diharap agar entri ni boleh memberi sedikit maklumat kepada bakal2 student IPTA atau IPTS yang berminat untuk menjadi seorang ahli farmasi suatu hari nanti.. InsyaAllah...


Ataupun kepada sesiapa yang tak tahu bidang mana yang nak dipilih, yang mungkin berfikir2 nak ambil perubatan ke, pergigian ke, farmasi ke.... di harap dapat lah sedikit sebanyak gambaran mengenai course farmasi di UiTM.. Sebab saya sendiri pun dulu tak tahu kos mana yang nak pilih. Dalam otak fikir, farmasi tu ok ke? macam mana belajar? Saya bercerita pasal UiTM kerana saya adalah bekas student kt situ..



Untuk kos ijazah farmasi ni, cawangan nya adalah kt Puncak Alam, Kuala Selangor. UiTM Puncak Alam ni sebenarnya baru dibuka tahun lepas, Julai 2009.. Kiranya baru lagi la kampus ni.. Kawasannya luas. Sekarang baru fasa 1 yang siap, ada lagi fasa 2 yang belum siap dan tak dibuka lagi.. Dan, Kampus Puncak Alam nanti akan jadi kampus induk, ganti kampus Shah Alam yang jadi kampus induk buat masa sekarang..


Kolej kediaman di atas bukit (Gambar diambil dari bangunan fakulti)

Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun iaitu 8 semester. tak kira la sama ada pelajar tu bekas matrik, atau asasi, atau diploma, tempoh pengajian adalah sama tak macam kos lain. Pengambilan pelajar2 baru adalah pada bulan Julai setiap tahun.

Syarat kemasukan adalah seperti berikut (diambil dari pamphlet fakulti Farmasi UiTM)

Lepasan matrikulasi
CGPA 3.50 dan ke atas dengan minimum grade B dalam:
kimia
biology ATAU fizik
matematik ATAU Grade A matemetik tambahan dalam SPM

    Lepasan asasi
    CGPA 3.5 dan ke atas di akhir semester 3

    Lepasan diploma
    -Diploma Farmasi UiTM dengan CGPA 3.5 ke atas ATAS
    -Diploma Farmasi UiTM dengan CGPA 3.0 ke atas DAN setahun pengalaman bekerja di sektor farmasi
    -Diploma yang berkaitan sains daripada tempatan atau luar negara dengan CGPA 3.5 ke atas, dengan minimun Grade B dalam:
    kimia
    biology ATAU fizik
    Matematik ATAU credit dalam matematik tambahan dalam SPM


    Untuk calon tahun ke-2 Diploma UiTM Farmasi
    CGPA 3.5 ke atas pada akhir tahun 2, dengan minimum grade B dalam:
    biology
    kimia
    Matematik ATAU credit dalam matematik tambahan dalam SPM

      Tetapi, jika mengikut pengalaman, pelajar yang terpilih untuk mengikuti program Ijazah Farmasi ni biasanya mendapat keputusan yang lebih tinggi lagi daripada syarat kemasukan yang di atas sebab banyak competition untuk mengikuti program farmasi ni.


      Latihan praktikal biasanya mula didedahkan dengan praktikal di komuniti farmasi dahulu.. komuniti farmasi ni ialah kedai2 farmasi yang biasa kita jumpa kt bandar2 tu. Lepas tu, pelajar akan dihantar untuk mengikuti latihan industri, iaitu di kilang2 membuat ubat (pharmaceutical) seperti pharmaniaga atau CCM. Untuk bab2 klinikal, pelajar akan dihantar ke hospital2 di kawasan lembah Klang.

      Peluang pekerjaan untuk bidang farmasi adalah sangat tinggi. boleh dikatakan kebanyakan freshgraduate akan dapat kerja selepas habis belajar dengan syarat kena lulus interview dengan SPA dan lulus peperiksaaan akhir semester pada tahun akhir.. dan saya sekarang tengah menunggu tawaran posting ke hospital yang berdekatan dengan rumah sendiri.. mungkin dalm bulan 8 atau 9 saya akan masuk bekerja.. itu pun kalau saya lulus la dalam peperiksaan akhir ini..

      Biasanya pelajar yang ditawarkan kursus farmasi akan ditawarkan untuk terima biasiswa JPA. jumlahnya boleh dikatakan agak lumayan.. tapi, pelajar boleh juga apply untuk mintak PTPTN, MARA atau lain2,, but most of students taking JPA scholarship. so, tak perlu risau la dengan pembiayaan semasa pengajian nanti.

      Jadi, dengan ini saya berharap dapat la memberi sedikit gambaran mengenai kos farmasi di UiTM. Untuk maklumat lanjut, boleh la klik sini ---> UiTM Pharmacy. Jikalau saya ada kelapangan, lain kali saya akan berkongsi lagi cerita berkaitan farmasi ni..

      110 comments:

      fana said...

      cgpa matrik sy 3.68
      rasenye dpt x ek kos ni?

      Najmu said...

      fana: hmm, persaingan banyak jgk la kalau nak diikutkan dgn cgpa tu.. tp kalau ada rezeki, insyaAllah dapat..

      fana said...

      kalau amek medic kat ums ape mcm ?? ;DD

      fana said...

      tanak amek pape ah ;ppp

      Najmu said...

      fana: xkisah la nak amik apa2 pun.. kalau ada rezeki takkan ke mana.. apa yang kita minat, itu yg penting.. kalau x, nnt belajar asyik rasa terbeban je.

      Anonymous said...

      hm...org kata susah nk masuk farmasi UiTM ni..hm...ada x student degree farmasi yg dr diploma sains eh?

      Najmu said...

      to anonymous: mungkin agak susah nak masuk farmasi, tp kalau result ok, insyaAllah dpt.. tgk kpd kuota yg disediakan utk pengambilan tahun tersebut la. ada je student diploma sains yg dpt farmasi nih.. batch saya dulu pun ada yg dari diploma sains,dr diploma microbiology pun ada.

      Anonymous said...

      KALAU LEPASAN DIPLOMA DR MAHSA UNIVERSITY COLLEGE, NAK MASUK KE UITM UTK DEGREE, BOLE X??PENTING SGT KE NAK TGK RESULT SPM DULU??KAN DA LAMA BERLALU..NPA XTGK RESULT PMR SEKALI??

      Najmu said...

      kalau lepasan uni lain sy xberapa pasti la. sbb saya punya kwn yg lepasan dip semuanya dr uitm. saudari/saudara boleh la telefon terus ke ofis fakulti farmasi uitm kalau nak tahu lebih lanjut. mmg result spm penting, esp add math. spm la yg tentukan course apa yg kita boleh pilih walaupun dh tamat diploma/matrik. psl result pmr tu, bg pendapat sy, pmr just utk kita tentukan masuk ke sekolah yg lebih baik, cthnya mrsm dan tentukan aliran apa yg terbaik utk kita cthnya sains/perdagangan dan lain2

      faiq said...

      salam wbt~

      maaf nk tumpang tnya/mntak pendapat. ade tak student2 yg amik ijazah farmasi yg dapat pinjaman ptptn je utk biaya yuran pengajian. exclude yg mmg berkemampuan.pinjaman ptptn mmg tak byak mcm dapat scholarship dr jpa.

      Najmu said...

      to faiq: wsalam. sebenarnya it depends pd kita nak ambik ptptn ataupun jpa. based on my experience, bila student dpt tawaran dpt uni, ptptn akan tawarkan pinjaman kpd kita. then, pihak jpa akan hantar surat tawaran melalui fakulti utk scholarship. then, kita boleh decide la samada nak terima jpa atau x. kalau terima jpa, kita boleh stop ptptn. pihak jpa pernah ckp pd kami dulu, kalau boleh dia nak wajibkan semua stdent farmasi ambil jpa sbb nak ambil ramai ahli farmasi bekerja dgn goverment.

      Shazwan Hafiz said...

      salam.. akak.. saye nk tnye lg nih.. evry year ramai x org dari dip pharmacy dapat sambung ke degree uitm tuh??? hehehe

      yanot said...

      salam. kak, kalo diploma dari ipt lain, cgpa x sampai 3.5 agak2 leh masuk x? =)

      Najmu said...

      to yanot: salam yanot. kalau cgpa kurang 3.5 agak susah kot nak dapat. sbnarnya cgpa yang agak tinggi diambil, x ikut syarat2 kemasukan di atas. bayangkan student yg dpt cgpa 3.5 dan sorg lg dpt 3.8 apply utk degree farmasi, mesti la yg student dpt 3.8 yang akan dipilih dulu.

      miziecali said...

      salam. sya merupakan pelajar diploma pharmacy tajaan SPA. sya nk tanya, mcm mana nk mohon tuk buat degree in pharmacy ni? kalau CGPA 3.5 dan keatas sahaja ke yg boleh mohon? syrat B tuk kimia n biologo@ fizik msa SPM mmg diambil kra k? coz sya xdpt B masa SPM dlu.. tp sya dpt CGPA 3.7 tuk diploma... mohon bantuan dan pandangan

      Nurul_njm said...

      to miziecali: salam. sy ada bertanya pada kawan yg dr diploma masuk degree, dia ckp dia mohon melalui website uitm @ isi borang UPU. antara salah satu la, dia pun x ingat sgt. saudara boleh la try cek kt wbsite uitm pharmacy, sbb sy xbrapa sure benda ni.

      sebaiknya yg dpt 3.5 ke atas la yg mohon. kalau yg bawah dr tu, mungkin x akan dpt kot. sbb byk persaingan.

      kalau yg gred masa spm tu dulu, sy xbrapa sure ia diambil kira ke x. kalau ikut syarat, mmg di ambil la. sy x pasti. tp kalau saudara berminat, boleh la cuba apply. mana tau ada rezeki. kalau dh rezeki, x ke mana. ok? Gud luck..

      wazier said...

      Assalamualaikum.
      nk tumpanyang tnya, klayakan cgpa 3.8 ni applicable ntuk student yg brminat ntuk further dgree farmasi uitm je ke ataupun termasuk u lain? klu ukm cmne?

      wazier said...

      n 1 lg..klu sy ngan cgpa 3.8 tp dr kos tknologi makmal prubatan private college graduated rsa2nya bleh dpt x kos ni?

      Anonymous said...

      salam..cgpa 3.3 dip farmasi uitm..working experience 1 year kt private hosp..bole apply ke utk degree..msih berkuatkuasa lagi ke syarat ni?

      Anonymous said...

      SALAM... tq kerana share....sy studnt UITM sbh...ambik dip. applied science....masih ada peluang kah nak amik degree in pharmacy.,...i knw....they said...i m wsting my time t\by tking dip......but...im not clver.....kalau bleh..brapa pointer minimum yg d perlukan kalau nak masuk degree in pharmacy???

      Najem said...

      salam anonymous: kalo dr diploma lain, minimum pointer 3.5. kalo ada rezeki saudara/i, insyaallah ada peluang tu. dont regret on path that you are taken, let others talk, and only you know the best. gudluck..

      Anonymous said...

      Salam akak..
      kalo sy ambl dip farmasi, boleh ke kerja trus atw kne smbg degree dlu bru blh kerja?

      Najem said...

      salam anonymous. lepasan dip kalo kerja jd pembantu peg farmasi. tp kalo sambung degree, akan jd peg farmasi..

      wanie said...

      thanks.sangt mmbantu

      Anonymous said...

      salam, nak tanya
      saya sedang berkira2 untuk mengikuti kursus diploma farmasi under spa atau degree farmasi di uitm, umur saya tahun ini 21, jikalau saya nak ke degree farmasi uitm, step yg perlu saya ambil pra-sains 6 bulan,diploma farmasi sampai sem4, dan terus degree lagi 4 tahun, so total pengajian 6 1/2 tahun,

      saya pernah membaca syarat untuk mendapat tajaan jpa, mestilah berumur tidak lebih 25 pada 1 januari tahun buat degree farmasi, so , mengikut umur , saya tidk layak lah,

      berapa yuran pengajian untuk degree/diploma farmasi uitm ni ?

      thank in advance

      Najem said...

      salam anonymous:

      kalau yg syarat utk mendpt tajaan jpa tu, sy berapa tahu.

      yuran pengajian utk diploma saya xbrapa tahu, tp kalau utk degree setiap semester rm490. yuran ni masa sy blajar dulu la, lebih kurang 6 bulan yg lepas. sy xberapa pasti utk kadar yuran semasa. tp yg pasti, yuran utk diploma lebih murah dr degree.

      Anonymous said...

      salam...

      dgn result spm 2006 cam ni, bleh x utk diploma farmasi

      Bm 5C
      Bi 7D
      Pai 5C
      Sej 7D
      Matematik 1A
      Matematik tambah 8E
      Rekacipta 1A
      Fizik 5C
      kimia 2A
      English for science and technology 6C
      Pendidikan seni visual 4B

      satu lagi....

      pointer untuk stpm biasanya berapa untuk layak... stpm ambik
      phy,chm,pa,math.... ambik phy sebab dah banyak belajar physic...
      markah koko saya xde

      rihanna said...

      salam

      saya ada soalan, kalau boleh, tolong jawab plsss..
      soalan saya adalah berhubung kait dengan degree.

      1. dalam satu batch, biasanya ada berapa ramai? 90 orang? kat kelas dipecah-pecah atau semua satu batch dalam satu kelas?

      2. umur pelajar yang paling tua berapa? ada yang umur dia 26 tak? atau lagi tua?

      3. penginapan mcm mana? memang duduk hostel atau ada yang kena tinggal kat rumah sewa?

      4. boleh tak kalau cerita sikit pasal environment kat sana? contohnya, rutin seharian, ataupun kenderaan, atau lain2.

      byk lagi nak tanya, tapi tolong jawab yang ni dulu.
      tq

      sepak dinding said...

      klau masuk p.alam t,,gge dier mmg pling terbaik lar.. boleh dikatakan 2nd tgge slpas batu caves..kemudahan x yh ckap lar...terbaik!

      moi chan said...

      3.5? sekarang pun mcm tuh ker? sbb kenapa ipts nak cgpa 3.8.. tinggi giler! pointer sy 3.1 je.. tp xlayak nak masuk.. so 2nd choice utk sy ape? :( tak dapat sambung degree phrmcy

      Najem said...

      sepak dinding: bagus utk joging petang2 kan... turun naik tangga..

      moi chan: skg ni mungkin dh xbrapa kira 3.5 tu. siapa yg pointer lebih tinggi, dia yg akan dpt masuk. choice utk belajar bergantung pd moi chan sdri la,, ape yg moi chan minat. mana2 bidang sains pun ok, microb ke, forensik ke, tp kene tgk dulu la syarat kemasukan.

      Anonymous said...

      assalamualaikom..
      kak kalo dalam batch akak,pointer yg plg rendah dari matrikulasi masuk fakulti farmasi uitm berape??thx..

      Anonymous said...

      pointer matrik 3.62 lepas x...huhu

      Najem said...

      To anonymous,
      Dulu masa akak, at least dpt pointer 3.8. Tp itu dulu, 4 tahun yg lepas. Skg ni maybe xlepas kot. Kalo pointer 3.6, jgn berharap sgt la dpt masuk IPTA. Bkn akak nk suruh kamu down, tp mmg susah la. byk persaingan skg.. Tp kalo nk amik jgk, boleh cuba IPTS.

      Anonymous said...

      how about muet qualification....
      kna band brape bleh apply..?

      Anonymous said...

      kak, kalo 3.78 pon susah nak dapat ke degree farmasi ni? lagi 0.02 je pon..hehe

      Najem said...

      To anonymous;
      Entah la, kalo ade rezeki, dpt la. Hoho..

      Utk muet, sekurg2 nya band 3

      AyaSofia said...

      slm..nsb baek jmpa blog ni..nk tanya ckit..

      SPM:-
      kimia A2
      bio B4
      Fizik B4
      Addmath B4
      BI A1

      n saya student diploma farmasi dari Masterskill (IPTS) ..skrg pointer saya baru 3.5 di sem 4..insyallah, saya try tingkatkan lagi...

      so, pertanyaan saya, ada peluang ke student IPTS mcm saya nk mohon degree farmasi kt UiTM? sbb saya xnak la smbung kt ipts lagi..n plus, ader peluang ke utk tajaan JPA?

      tolong reply yer..saya harapkan sgt jwpn anad.. =)

      wsslm

      Nabilah said...

      salam. saya baru dapat tawaran utk study farmasi kat uitm bulan 9 ni. susah tak course ni? ramai tak yang dapat dekan?

      NAJMU said...

      ayasofia:
      dpt ke x sambung ipta sy xberani nk jamin. sbb result bio, add math tak membantu sgt..

      NAJMU said...

      to nabilah:
      susah ke x, ia bergantung.. kalau rajin, insyaallah akan dpt dekan.. gudluck..

      Anonymous said...

      salam kak..ijazah farmasi uitm mmg kat palam je ker??tmpat lain ader x??
      ermm utk program ijazah ade hostel or kne duduk luar?tq~ ^^

      NAJMU said...

      to anonymous:
      yup, degree farmasi uitm hanya di palam je. diploma kat penang
      kalo 1st year, boleh duduk hostel lagi, after that, kena bersaing kalau nak duduk kolej. kena kumpul kupon, join aktiviti kolej. kalau x, kene tendang duduk rumah sewa..

      Anonymous said...

      salam kak, sy dh dpt twrn deg in pharmacy ni..yeyy ;) hehe nk tnya, jpa komfem akn kol utk bg twrn pinjaman ke? tQ~

      NAJMU said...

      Salam anonymous.. Tahniah ye.. time akak dulu akak try mintak n isi borang before dftar. Tp ada jgk offer melalui fculty jgk. Even kwn akak yg xmntk pun dpt offer.. Gudluck yer..

      Anonymous said...

      salam akak, nak tanya

      boleh tak pelajar diploma faramsi uitm di MiCOST, (kolej bersekutu uitm ) melalui fast track selepas tamat tahun 2 ke ijazah farmasi uimt

      dan satu lagi nak tanya

      sepanjang akak belajar kat sana, ratio pelajar lelaki :perempuan
      berapa

      terima kasih

      ayiesha said...

      salam...kak,saye dpt degree frmsi uitm...nk tnye,let say dpt jpa,so,cane nk cncel an ptptn??

      Anonymous said...

      erm..tumpang tanya ya..diploma pembantu farmasi sama ngan diplona farmasi??

      NAJMU said...

      anonymous 1: kalau drp kolej uitm bersekutu nk buat fast trek, akak xpasti.. boleh tanya pd pihak pengurusan ok. gudluck
      ratio lelaki:perempuan 1:4

      ayiesha: akak dulu pun pernah amik ptptn dan cancel after dpt jpa. tp, dah lupa camne.. hehe., sori..

      anonymous 2: diploma farmasi tu utk jd pembantu farmasi.. so, dua-dua tu sama je.. :-

      pirdaus said...

      salam akak

      boleh tak akak bagi saya list nama buku2 yang digunakan, dan syllabus content

      thank

      ps : terasa nak tahu apa student pharmacy belajar...huhu

      Anonymous said...

      erm...i nak tanya..this september i nak pergi baca diploma farmasi..lepas habis diploma mungkin i x mau sambung degree...i nak buat kerja dulu 2 tahun mcm ni..so..i nak tanya mana boleh kerja..??..i tgk introduce..sana ckp kerajaan dan swasta..byk peluang pekerjaan kah bg diploma farmasi??

      AnaKamila said...

      assalamualaikum...tq 4 ur information sis..
      sy student dip. pharmacy. n teringin sgt nk smbung degree..tp based on apa yg akak ckp b4 ni..mmg sy x lyk la nk continue degree pharmcy.

      ade x course len yg sy leh amik sesuai ngn dip. sy? cgpa sekarang 3.2 je

      Nur Syahira Mohammad said...

      ramai tak yg student dari diploma microbiology msok degree pharmacy ?? and majority nye cgpa dorang berapa ?? betolke kalau dri diploma sains or microbiolgy susah sikit nk msok compare bdak diploma pharmacy sndri ??

      Anonymous said...

      kak..kalau diploma pharmacy kalau x dpt 3.5 pointer bley sambung kos apa ea utk degree

      alief said...

      nak tny agak2 laa paling teruk student2 yg masuk ijazah farmasi ney dpt pointer brape? kalo 3.5 2 kan sekadar kelayakan minimum..

      Anonymous said...

      salam akak,

      saya dari kolej swasta amik kos farmasi

      result sekadar 3.65 sahaja

      apakah syarat sekarang yang ditentukan oleh pihak universiti sekarang ya,kerana saya terdengar kalau hendak melanjutkan pelajaran ke ijazah farmasi kena pointer 3.8 keatas.

      dan dari kolej swasta wajib tunjuk result muet ? sebab saya sudah terlepas 2 kali peperiksaan muet dsebabkan ada mslah keluarga

      terima kasih

      hilmi

      Anonymous said...

      salam.

      camne plak kalau nak apply untuk diploma farmasi? sekarang saya berumur 21 tahun.

      NAJMU said...

      kalau nk apply diploma farmasi, boleh apply dengan KKM.

      Anonymous said...

      salam,kak,kalu deg farmasi uitm mmg kene interview erk???

      NAJMU said...

      Syarat kemasukan skg akk xpasti. Kene rujuk kpd sumber yg sahih dan terkini. Time akk dlu, dlm 6 tahun yg lps xde interview.

      Anonymous said...

      salam kak,tau x course outline untk degree farmasi ni ape?

      Anonymous said...

      assalamualaikum..

      Sy student matrik,baru je dpt result sem 1..tp sem 2 x exam lg…x lama lg sy kena
      isi borang upu…sy x tau nak pilih apa..utk sem 1 ni,result sy ok je..sy minat nk
      apply farmasi,tp takot jgk sbb x tau farmasi ni macam mana..sy nk tnya,farmasi ni
      mcm mana? banyak kena hafal ke? kot banyak kena buat2 equation,lukis2 organic compound n bla3..bg yang b’pengalaman,plezzzz cerita secara detail…emel pn x pe…

      dirimu rakyat terengganu?diriku jua..

      NAJMU said...

      -course outline tu yg camne?

      -byk mende yg menarik psl frmasi ni. cite sampai esok pun x abis.. susah nk cite kt sini

      harzy said...

      sy nk tau apa yg kita akan belajar dlm bidang ni..bnyk hafal nama2 ubat atau pn bnyk prepare ubat2 serta buat chem eq sambil kira2 ke..knapa org kata tahun kedua sgt susah?

      ~~~sory menyusahkn...huhu..

      kamal said...

      tq kak :)

      yuen lee said...

      Salam akak.
      Tajaan JPA tu biasanya untuk degree sahaja ke?
      Dan ada interview atau tidak?

      Terima kasih.

      NAJMU said...

      harzy:
      semua benda kita akan belajar. termasuklah menghafal bukan saja nama ubat, penyakit dan cara ubat bertindak pn kena tau. prepare ubat dan buat chem eq pn ada..
      kiranya semua benda la kita akan belajar.
      tahun ke2 bg akak mmg agak susah sbb dh start sentuh bab klinikal, satu benda yg baru buat kite. tp xyah risau la. yg penting kesungguhan..
      kalo nk tahu lebih lanjut, boleh emel akak ye.

      yuen lee:
      JPA utk diploma dan degree. interview utk dptkan JPA time akak dlu xde.

      Anonymous said...

      Ada tak yg dari diploma farmasi dpt sambung ijazah perubatan kalau dapat 3.8 ke atas?

      najihah naz said...

      salam..akak..nak tnya..saya plan nak apply utk diploma pharmacy uitm..and lpas ambk diploma sy still kena buat ijazah 4 taun or sy just prlu buat dua taun ja..

      NAJMU said...

      Najihah:
      Kalo ambik diploma, then sambung degree, still kene completekan 4 tahun degree

      lisa said...

      salam kak,
      kputsan spm sy boleh dikatakn cemerlang. sy mndpat straight a

      A+ (maths,sej,bm)
      A (chemistry,bio,agama)
      A- (add math, physic, english)

      dan sy ditwrknkn ke asasi sains uitm kt palam. tp mse sem 1, sy hilg fokus result sy pun trus jd down. lpas sem 1 sy msuk diploma sains uitm.

      pendapat akk,, ad peluang x sy nk further ke degree farmasi uitm if pointer mse dip around 3.85 n above?
      klau tgok pd result spm boleh diktakn sy layak.

      how about other uni? mcm ukm, um or usm? diorg boleh terime ke student diploma uitm klau nk smbung degree??

      help me.. =buntu=

      Anonymous said...

      Cgpa matrik sy 3.89..agak2 lps x?

      Pinky Dinky said...

      kalau ambik ijazah famasi uitm ni, student kena duduk luar ke? atau ada disediakan tempat kediaman untuk student?

      pirdaus said...

      salam akak,,
      nak tanya
      akak study pharmacy ni,, dalam english, proses maklumat dalam fikiran , guna bahasa melayu ke english ?,,, saya cam susah je nak porses maklumat dalam bahasa english,,, tak berapa nak ingat dan betul2 faham,,

      saya study stpm ni..

      NAJMU said...

      Pirdaus:

      Yang penting kite paham apa yg kite baca. Dan kne kuasai bahasa english. Disebabkan jwb exam pn english, so akak cuba fahami apa yg dibaca dlm english.. Kamus letak kt sebelah..
      Kamu kna faham, jgn hafal semata2.. Tu je resepi yg terbaik. Dan yg lain, kena rajin..
      Tp depend la, kalo rs senang dgn bhs melayu, go on je la. Tp if exam dlm english, akak rs better faham english.. 

      NAJMU said...

      Pinkydinky:
      Kena compete sama dgn pelajar course lain. Kalo aktif, dpt la duduk hostel..

      Anonymous said...

      assalamualaikum akak, saya lepasan matrik. saya tgh tunggu result. result saya masa sem 1 3.35 agak2 boleh ke eh saya dapat pharmacy ni? kalau saya ditawarkan course selain pharmacy, saya boleh buat rayuan utk tukar pharmacy tak?

      shera93 said...

      ..slm akak,,
      ..sye bdk mtrik kpm..pngk sye 3.89..agk ea ade hrpn x untk msuk dgree phrmacy??n ape cbran pling sukar spnjg akak stdy??
      Tq,hrp beri rsp0n..

      faten syahira said...

      salam akak ,saya lepasan matrikkk and saya minat sangat kos farmasi nie ,saya punya pointer 3.72 and dapat band 3 ,akak rase boleh tak dapat? sbb saya rase kalau apply UKM or UM sure diorang amik 4plat,that why berharap dekat UITM nieee ,kalau boleh nak fb akk sekali errr ;D

      NAJMU said...

      anonymous:
      result anda memang sangat xmembantu. mmg peluang sgt tipis untuk dpt kos ni.. memandangkan persaingan yang agak tinggi.

      syera:
      pngk agak rendah utk masuk pharmacy. tapi boleh cuba. kalo xdpt, terima je dgn hati terbuka, ok?
      cabaran mmg banyak, mungkin x tercerita kt sini. you just have to face it whatever it is..

      faten:
      result faten mmg agak xmembantu. tp boleh kalo nak cuba..

      Anonymous said...

      Iz

      Akak, result matrik saya 3.81... Saya dari modul 1 yang melibatkan subject fizik, kimia, biologi dan math.. fizik, kimia, dan bio saya dapat A.. math saya dapat B ... agak2 ada peluang tak untuk dapat kos farmasi ni???

      Shahirahmd. said...

      salam,
      akak, sy lepasan matrik kpm. Alhamdullilah, result saya utk dua sem 4flat. But saya dpt band 3 agak2 boleh tak dapat course ni kat UiTM? sy ada apply other courses semuanya medic. Tp sebab ramai 4 flatters kat luar sana. UKM, UM memang competitive so sy tak menaruh hrpn sgt kat U tu. Plus, sy rasa peluang utk masuk UiTM lagi cerah berbanding dgn UM, UKM, and UPM, sebab xsilap saya UiTM one of the non-researcher university kan?

      ejoy said...

      Salas! Kakak sya nak tnya...sya mndpat twaran Ijazah dlam Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran UiTM...boleh kah sya menukar program ke Ijazah Farmasi UiTM ..?

      yaya said...

      salam..kak
      saye baru je dpt twran ker degree farmasi uitm.
      nak tanye cket..

      1.kalo degree farmasi mmg otometik ker dpt scholar jpa?

      2.kite kene mohon scholar japa tu sblom msok ker @dtwrkan mse blajo nnty(brape yg kite akan dpt 1 sem?

      3.brape rmai selalunyer intake degree farmasi stiap taon??

      Liyana said...

      Akk...sye bru je dpt sambung degree farmasi..cuma emmm sye x pernah nak pun msuk uitm.huhu.mmg sy minat sgt dgn farmasi tp emm..sy jdk x smgt ble tau sy dpt uitm. -.-

      yaya said...

      salam..liyana
      saye pun akan msok degree farmasi uitm cm awk bln 9 ney..
      saye ex-asasi uitm puncak alam aka palam..
      jgn risau hostel uitm palam mmg yg trbaek d'antare u/uitm laen..
      lgpown uitm mnawarkan yuran lbeh rndah(semua d tanggung beres krajaan) brbanding u laen.bab yuran x yah rsau nnty jpa tanggong...
      tmpat kat palam ney mmg cntek n ssuai utk study..

      *hope bole brkenalan ngan awk kat sne

      Liyana said...

      Wasalam yaya..awk jgn salah faham..jujur sy tak pandang rendah dkt uitm..
      Hope dpt brkenalan dgn awk juga :)

      Abdul Rasyid said...
      This comment has been removed by the author.
      Anonymous said...

      salam...kalau drpd degree forensik atau mikrobiologi...boleh x nak further amik farmasi...kalu bleyh kne bpe pointer eik? n bpe thaun?...tq

      NAZREEN CHE ROSLAN said...

      Slm , sy lepasan spm 2012..sy berminat dgn kursus farmasi. Tp sy tgk bnyk org ckp farmasi memerlukan cgpa yg tinggi. So skrg ni sy ragu2 nk ambik kursus farmasi. From yr opinion ssh tk bidang ni ? Bnyk tk yg 'kecundang'

      Hafizah Anawi said...

      salam Yaya, mcm mana saya nak tanya awak sesuatu, hope awak baca T.T

      NAJMU said...

      hmm..lama xcek blog ni..sori kpd adik2 yg bertanya tp xdpt jwpan.jwpan kebanyakannya dh ada dlm komen2 yg lepas.

      gudluck pada adik2 yang berjaya amik degree farmasi uitm. nice to meet u here. 2 tahun dh akak tinggal. whatever happens during your study, dont give up.tension tu biasa la..

      dan, updated info, training untuk provisionally registered pharmacist(prp) iaitu training after study to be fully registered sudah diliberalised ke manufacturing plant dan community pharmacy.. adik2 pharmacy yg nk info lebih, boleh google atau baca buku forensic pharmacy yer..

      Anonymous said...

      salam..erm..dye tgok result muet jgak ke??

      Anonymous said...

      Hurrаh! After all I got a webpage from where I cаn actually get hеlpful
      facts гegarding my study and knowlеԁgе.


      Ϻy web-sitе :: Online Payday Oan
      My web site: Payday Loans Online

      yaya said...

      kak najmu, tompang blog yea..

      wa'salam...Hafizah Anawi
      saye x de blog,mlas nak mnulis la katekn..
      nk tnye pape bole thru email adress sye..
      nurhidayahmohdrazif_yaya@yahoo.com

      *hope dpt mmbntu

      wan said...

      salam..

      Syarikat Cosway Malaysia (Berjaya Group) mempunyai konsep yang unik dan terbukti , COSWAY FARMASI - Konsep KEDAI PERCUMA.

      Peluang ditawarkan kepada semua yang ingin berjaya.

      Untuk membuka farmasi sendiri, tentunya modal yang besar sekitar RM800K keatas, dan hampir mustahil untuk memiliki kedai farmasi sendiri.

      Syarikat Cosway telah menawarkan pembukaan 1000 kedai di seluruh Malaysia untuk dimiliki dengan modal paling minima (RM5100) sahaja.

      Ramai yang x percaya, betul ke buka eCosway Farmasi ni RM5100 sahaja?

      Jawapannya : Ya betul....

      So, yang mana x percaya tu dengar dulu ye... mesti tertanya2 kan..yang paling best ialah Cosway anak syarikat Berjaya Group yang gah di Malaysia akan menanggung semua proses pembangunan Farmasi dari A to Z, kita hanya pilih tempat nak buka di mana.

      Yang paling best
      1)sewa
      2)renovation
      3)maintenance
      4)security system
      5)bil utiliti
      6)bil telefon
      7)alat tulis (RM50 setiap bulan)
      8)produk yang ada di Farmasi (secara consignment, x perlu kita keluar duit beli produk)
      9)gaji pharmacist yang mahal tu pun semuanya ditanggung oleh pihak Cosway. Kita hanya bayar gaji staft sahaja....

      kalau ahli farmasi yang buka lagi la untung.boleh ada masa bersama keluarga.

      Yang betul-betul serius & berminat dalam bisnes ni cepat2 buat appoinment dengan saya untuk tahu lebih ye....

      Kuota terhad...bertindak segera.

      PM/SMS/CALL : wan

      ke 0134750633/ 0194611615

      kalau ada kawan yang minat dalam bidang bisnes boleh disebarkan.
      maaf sekiranya mengganggu, saya menyampaikan berita rezeki kepada sesama kita.


      thanks.

      najwa said...

      Nk tny.. sy lepasan matrikulasi.. masa sem 1 hritu sy dpt 4 flat dan masih menunggu result sem2.. sy sgt bminat nk further study dlm bidang farmasi tp muet saya band 2.. adakah sy layak??harap dpt mmbantu..

      Anonymous said...

      salam nk tanya... sya lepasan asasi sains uitm, sem 1 aritu dpt 3.67 je. skrg ni tgh tggu result sem 2.
      rse2 nya bleh dpt x farmasi uitm ni??
      dia ada x kuota utk student uitm jgak?

      kaki tido said...

      salam,, saya lepasan asasi uitm.. adakah saya perlu mengahadiri kursus pre medic untuk menceburi bidang farmasi

      Anonymous said...

      nak tanya yg JPA tu kena apply or dia mmg tawarkan?

      hanin khairam said...

      Salam..saya pelajar lepasan asasi and dpt pharmacy kat PAlam. Saya nk tanya pasal yg scholarship tu..memang semua students pharmacy IPTA confirm dpt scholarship atau depends pada interview?

      lisaisnotmyname said...

      Salam.
      Haritu mak saya call orang uitm and dia cakap kita kena apply sendiri jpa. Or better kita apply jela sbb takut jpa tak bagi time kita study nanti. Takut tak confirm nanti.

      So, bila jpa bukak nanti (rasanya hujung bulan ogos ni, minggu keempat) apply online.

      That's it. Good luck! :)

      Anonymous said...

      hahaha

      Anonymous said...

      yg mana pointer bawah 3.5 or muet tak lepas band 3, tak payah la susah payah nak apply pharmacy. Mmg takkan lepas punya. If possible, apply u yg tawarkan interview, so dia takkan tengok awak sgt 4 flat ke tak. Pointer atas 3.5 tu just nak layakkan awak dapat interview je. If u yg mmg tgk pointer semata-mata, kalau bukan 4 flat tak payah la apply. Sekian. TQ.

      NAJMU said...

      Well said anonymous

      Sherryanne Adelaide said...

      hai akak. sa lepasan diploma sains. cgpa sa cuma 3.44 je. ada pluang ke sambung farmasi or medic?

      Anonymous said...

      Salam nak tanya kalau kimia A+,fizikA-,bio B,addmath A-.ada hrpn x nak dpt diploma farmasi

      Muhammad Jalaluddin said...

      Assalamualaikum. Sy dngr skrng sukar utk smbung degree farmasi, pointer tinggi diperlukan. 3.9/4.0. Benarkah? Jika sy ggal mcapai pointer itu, adkah sy trpkse beralih ke aliran lain? Atau ada IPTA yg bleh dimohon utk bidang farmasi jika pointer agak rendah? Hm..

      Isha Nur Shisha said...

      saya minat farmasi.xpi bila baca komen2 kat atas jd takut pulak. kena struggle sungguh2 la kalau macam ni.hmmm. n.n

      Anonymous said...

      Salam akak . Saya bakal masuk uitm bulan 9 ni untuk degree farmasi . Saya nak tanya macam mana nak dapatkan biasiswa ye . Adakah kita dah masuk uitm baru pihak biasiswa akan call atau macam mana ye kak ? Mohon pencerahan ye kak . ;)

      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails