Tersebutlah satu kisah di petang semalam bersama seorang kawan. Sedang sibuk mencari roti di koperasi, datang la seorang budak perempuan agak2 dalam 3 tahun yang baru lepas bermain. Main ape entah, lagaknye macam sangat dahaga..
Nak dijadikan cerita, saya tengah pegang teh ais yang yang sedap. Nak tau, budak perempuan tu datang, dia cakap "nak air".. Tiba-tiba jer kot... hhmm, dalam hati, apekah budak ni? dah la aku tak kenal. Aku lesing kang baru tau. Dengan baik hatinya, bagi la sikit sebab kesian dia tengah dahaga.. Si kawan saya ni masuk dalam koperasi cari barang. Ok, that's part is fine.. Lepas tu, saya masuk la dalam nak pergi bayar harga roti tuh ganti dengan kawan saya tu duduk dekat ngan budak perempuan tuh..
Keluar je dari koperasi tuh, terkejut tengok budak perempuan tuh tengah makan aiskrim.. Bukan aiskrim murah, tp aiskrim cornetto tu, yg mahal tuh, nampak tersangat la sedap dan nikmat sekali...
Then, saya tanya la si kawan saya ni.. Apa terjadi? Ini jawapan kawan saya " Tadi ada 2 orang student keluar dari koperasi, baru lepas membeli belah. Budak perempuan tu nampak la seorang student tu bawak aiskrim. Lepas tu, budak perempuan tu mintak aiskirm diorang. Yang aku tak tahan, student tu beli 2 aiskrim, yang murah satu, yang mahal satu.. Nak tau, budak perempuan tu taknak yang murah, dia mintak yang mahal"... Apekah?? Sungguh berani budak perempuan ni mintak sesuatu dengan orang asing.. Ish3.. Tergeleng-geleng kepala je yang aku mampu...
No comments:
Post a Comment