Social Icons

Pages

Tuesday, May 25, 2010

Kerjaya Farmasi

Assalamualaikum wbt.

Entry kali ini saya ingin bercerita sedikit sebanyak mengenai kerjaya farmasi nih.. Artikel diambil dari alumni USM.



Kerjaya sebagai Ahli Farmasi menawarkan peluang kerjaya yang amat luas. Buat masa sekarang, prospek kerjaya Ahli Farmasi adalah amat cerah sekali kerana terdapat kekurangan Ahli Farmasi dalam sektor awam
mahupun swasta. Dari segi pekerjaan, graduan farmasi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan.

Selepas memperolehi kelulusan B. Pharm., iaitu degree farmasi yang diiktiraf, seseorang graduan farmasi mesti menjalani housemanship/training (dipanggil juga sebagai Provisionally Registered Pharmacist, PRP) selama 12 bulan di hospital awam yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia. Objektifnya ialah untuk graduan menjalani program latihan yang terancang tentang aspek praktis farmasi dibawah penyeliaan ahli farmasi berdaftar.

Selepas lulus peperiksaan Farmasi Forensik dan menamatkan satu tahun housemanship, graduan layak untuk berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia dan praktis sebagai seorang Ahli Farmasi yang berdaftar di Malaysia.

Kerjaya sebagai Ahli Farmasi menawarkan skop pekerjaan yang amat luas. Ahli Farmasi boleh berkhidmat dalam sektor kerajaan mahupun dalam sektor swasta.

Dalam sektor awam, peluang pekerjaan bagi ahli farmasi meliputi di hospital-hospital kerajaan, hospital
universiti serta hospital angkatan tentera. Selain daripada itu, ahli farmasi juga memainkan peranan yang penting dalam bidang penguatkuasaan dan pendaftaran ubat-ubatan sebagai pegawai penguatkuasa.

Dalam sektor swasta, ahli farmasi boleh berkhidmat di hospital-hospital swasta, farmasi komuniti (kedai farmasi), pegawai pemasaran syarikat farmaseutikal tempatan atau multinasional.

Dalam industri farmaseutikal, ahli farmasi boleh berkhidmat di peringkat pengurusan, pemasaran atau terlibat secara terus dalam kawalan mutu, pengeluaran atau pembangunan ubat-ubatan.

Dalam bidang akademik, keperluan tenaga pengajar juga semakin meningkat memandangkan banyak IPT sudah menawarkan kursus farmasi.



So, kerjaya farmasi bukan hanya membancuh ubat-ubatan dan menjaga di kaunter2 mengambil ubat seperti yang digambarkan oleh masyarakat2 kita sekarang. Bidangnya adalah amat luas dan ia merupakan salah satu bidang yang life-long learning dengan kehadiran ubat2 baru di pasaran untuk memastikan ubat yang diberi kepada pesakit adalah terjamin dari segi keselamatannya.


25 comments:

Dee said...

lamanye jadi houseman...

apapun good luck ok...

NAJMU said...

tq k.dee.. tgh nervous tgu result forensic ni.. kalu xlulus, alamaknya xdapat la buat houseman.. huhu

hanis said...

houseman to apa ?

hanis said...

houseman to apa ?

wanny_nanny said...

saya lepasan SPM...dah mengisi borang IPTA dlm course farmasi...saya mmg minat dlm corse niw...tp tkut sgt x berpeluang..jadi pilihan kedua saya adalah course perubtan...course niw hampir sama kew dengan farmasi...apa lagi course yang menarik dan on demand sekarang ni...saya takut tersalah pilih...nanti...mengganggur pulak...really2 need ur help !!!!

shakay ^_^ said...

salam... nk nanyer skit...course farmasi nii penting kn bio jgk ker??ker just kimia jerr...

NAJMU said...

wani:
kalo dh minat dan cgpa bagus, pilih je. perubatan n frmasi lebih kurang je, cuma lebih pengetahuan pasal ubat-ubatan. bg sy frmasi ni menarik dan byk benda yg kita boleh belajar. kalau cite pasal ni, sampai esok xkan abis..

shakay:
yup, bio n kimia sama2 penting

nabiilah94 said...

saya pelajar lepasan spm..
saya dapat 9a tapi saya tak dapat bi dan bio A..layak ke tak saya nak ambil kos ni???

zulhilmi abdullah said...

nk ambik farmasi tpi spm kimia B+ bio 2 A la...mcm brt ja

NAJMU said...

Nabilah & karyadiwara

Result mmg agak xmembantu. Tp boleh cuba kalau mahu..

Anonymous said...

Dah dpt result upu..dapat farmasi uitm..bapa saudara tanya,dapat apa? Kita jawab, farmasi....dia balas..oh?jual ubat jer la nampak gaya..sakit hati..haha

dylla said...

salam..nk tnye..der info pape x pasal liberalisasi PRP farmasi dalam bidang industri farmaseutikal?..sy bru jer grad..tp tah ok x klu sy trus pilih bdang ni,not gov or hospital nyer

Anonymous said...

kalau dah dapat diploma farrmasi,dan nak sambung ijazah mesti kerja dulu ke?nak dapat kerja dengan diploma senang ke

haikal said...

saya ni tengah tunggu result SPM.nak pilih masuk apa ye. matrik or diploma

Iklan said...

Saya baru dapat tahu result STPM n sedang tercari2 kerjaya yang saya ingin ceburi.Apakah syaraat kelayakan untuk apply study pegawai farmasi ? Iklan jawatan kosong

Anonymous said...

prospek tu ape yew..=.=cuba bagi lebih detail

Unknown said...

URGENTLY Registered Pharmacist Needed — Seluruh Malaysia
Candidate must possess at least a Degree in Pharmacy
Must be fully registered under Lembaga Farmasi malaysia
Must be a Malaysia Citizen
Willing to operate a Pharmaceutical counter in a franchise retail outlet (Lembah Klang)
Skills – retailing and advisory skills
Remuneration & Others:
Package includes monthly salary/allowance base on experience RM5000 - RM8000
Profit/Commission sharing 50/50
Flexible working schedule
No oncall
Email your inquiry to alib.ilham@gmail.com for more information. or Call me at 0196847918(En. Alib)

Anonymous said...

Hi.. sy harap sist still aktif dlm blog ni n jwb soalan sy.. sy x harap sgt sebab entry ni pn dh lme.. cuma mencuba nasib.. sy baru lepas graduate.. igt nk smbung degree tapi ipts semua mhl. X mampu.. skrg ni uitm 1st choice. Sy ada dip in pharm dri ipts.result x dpt 4 cuma sy dpt dean list n vice chnsellor award. Pointer 3.8 keats. Spm bio c n kimia B. Agak2 ada peluang x? Lpeastu skrg agak2 biasiswa joa still ada g x? EmnTeringin sgt nk smbg tapi masalh kewngan. Fmly sy bukn dr keluarga sng. Thanks..
....

NAJMU said...

Anonymous: result mcm xmembantu utk sambung farmasi. Skg maybe kelayakan nk sambung agak tinggi, kena refer syarat kelayakan yang terbaru. Biasa kalo sambung ipta, insyaallah akan dpt biasiswa. Tapi, apepun kena refer syarat yg terkini.

NAJMU said...

Tapi x salah kalau mencuba kan?

Anonymous said...

Tumpang laluan,

Saya mencari ahli farmasi yg berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di kedai farmasi saya.

sila hubungi saya segera
012 2703797

Anonymous said...

Slam akak..sya student pharmacy uitm part1,,,nk tnye akak ad lg x note utk sem2..klu ad bleh emailkan pd sya..hhe,,cuti ni boring x bwat ap,,,tq kak

Anonymous said...

salam..ade x contact pelajar lepasan ijazah farmasi yg belum atau mencari pekerjaan?

hubungi saya
0196212154

Anonymous said...

AsSalam & Selamat Sejahtera,

Saya mencari Pharmacist berlesen, Lelaki atau perempuan utk bekerja di outlet (mylife healthcare pharmacy) di jb

1) Gaji sekitar RM5k - RM8k bergantung kepada pengalaman.
2) Mendapat lain2 bonus selain gaji dari hasil jualan product setiap bulan.
3) Tidak perlu utk berurusan dgn pembekal ubat-ubatan, kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak syarikat.
4) Tidak terikat dengan mana-mana kontrak kerja
5) Waktu kerja yang flexible

Jika berminat boleh hubungi sy -0137929725 (syazwan)

Kedai Herba Ffajr said...

Looking for Registered Pharmacy at Kuala Terengganu.

Salary Depend to your experience and how committed you are.
est. 5 - 8k. and many more benefit awaiting for you.

Come and grab this golden opportunity.

Please Call: WAN (019 9566303)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails