Social Icons

Pages

Tuesday, June 22, 2010

Maafkanlah,,,





Dua orang sahabat karib sedang mengembara melalui padang pasir yang sangat luas. ditengah-tengah perjalanan, berlaku sedikit pertengkaran antara dua sahabat tersebut dan salah seorang telah memukul sahabatnya disebabkan tidak dapat mengawal perasaan.


Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul telah menulis di atas pasir

"hari ini sahabat baikku telah memukulku"

Kemudian, mereka meneruskan perjalanan dan sampai di sebuah tasik yang amat dingin. oleh kerana terlalu teruja, sahabat yang telah dipukul tadi terus terjun ke dalam tasik untuk menyejukkan badannya. tiba2 dia gagal mengawal diri dan mula lemas.

menyedari keadaan itu, sahabatnya telah terjun ke dalam tasik dan berjaya menyelamatkannya. dia pun mengucapkan terima kasih dan memahat di atas batu berbunyi:

"hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku"

sahabatnya itupun bertanya,

"mengapa tadi sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir, dan sekarang engkau memahatnya di atas batu?"

jawab sahabat tersebut,

"aku menulis keburukanmu terhadapku di atas pasir kerana ia akan hilang di tiup angin, aku memahat kebaikanmu di atas batu supaya aku akan mengingatinya sampai bila2".

begitu la juga dengan kehidupan kita ini. segala keburukan orang harus lah kita buang jauh2, lupakan dia, dan maafkan lah dia. biarkan ia hanya singgah untuk sementara agar mudah untuk kita melupakannya. namun, apabila kita menerima kebaikan orang lain, pahatlah di hati kita agar terus kekal mengingatinya sampai bila2...



Rahsia untuk mendapatkan ketenangan dan kedamaian dalam hidup : Sebelum tidur, lupakan dan maafkan segala kesalahan orang lain kepada kita.

kredit to: buku U-turn ke jalan lurus

Monday, June 21, 2010

Kenduri Kawin

Assalamualaikum wbt...


Dah lama tak update blog rasanya.. jadi, dia atas desakan dan saranan Adah dan Lea, terpaksalah saya mengupdate blog ini... hohoho, nasib baik ada kenduri kawin kat rumah ni.. boleh la cite skit2..


Sebenarnya yang kawin ni bukan saya, tapi abang saya tau.. jangan silap faham..


Ni gambar kenduri kat belah perempuan kat Temerloh.. tema baju warna biru.. tiba2 baju pengapit pengantin lelaki lari dari tema, warna cokelat la pulak.. alaaa, tak kisah la kan...


Rombongan pengantin lelaki dah sampai kat Temerloh... pengantin lelaki tengah nervous tuh...

Adik-beradik pengantin lelaki.. ni xcukup lg nih... nak masukkan sume dlm gambar ni xcukup la.

Gambar-gambar kat bawah ni pulak kenduri kat rumah pengantin lelaki... kiranya majlis untuk sambut menantu la ni.. sambil2 tu buat akikah sekali terus...

Tengah sibuk kat dapur ni.. biasa la, kenduri kat kampung la katakan... masak sendiri je, semua anak beranak, orang kampung datang tolong masak sama2... a lot of thanks to them for helping us...

Lagi2 sibuk kat dapur... tukang masak utama tengah bagi arahan tuh..

Sesi bergambar dengan menantu... banyak lagi gambar, tapi malas nak upload...

Habis je kenduri sambut menantu nih,,, terus sakit2 badan... adoi la. Nak buat macam mana, sibuk la konon.. hahahaha...


Saturday, June 5, 2010

Kucing Buang Anak

Assalamualaikum wbt...


Hari ni tiba2 terkejut tengok dua ekor anak kucing kat depan rumah, tali pusat tak tercabut dan siap ada uri lagi tuh,, tak ada ibu. 
Rasanya baru malam semalam kot si ibu kucing ni bersalin, uri pun basah lagi. sekor dah mati dah, tinggal sekor lagi.. entah akan hidup lagi ke tak esok..
huu, mana la si ibu kucing nih, tak berhati perut langsung.. kucing mana punya anak la ni,, yang penting, bukan kucing saya..


Gambar tiada kena-mengena dengan cerita... ini gambar anak kucing dengan si ibu yang penyayang...


Biasanya kita dengar haiwan pun sayangkan anak, tapi,, hari ni dah terbukti statement ini tak betul...
ish, sakit hati betul kat ibu kucing ni,, lain kali kalau nak tinggalkan anak, jangan tinggalkan kat rumah kitorang, pergi la rumah orang lain jer.. hehehe..
rumah kitorang ni bukan pusat jagaan anak2 kucing baru lahir tau.. kalau untuk bagi makan kucing jalanan yang kelaparan boleh la....


Manusia buang anak,,
kucing pun nak buang anak..
manusia terikut perangai kucing ke,,,
atau kucing terikut perangai manusia??? 
Entah la, saya pun tak tahu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails