Di petang yang panas, sedang aisya (bukan nama sebenar) mencabut rumput-rumput yang tumbuh dengan gembira di hadapan rumahnya,, tiba2,,,
"adoi" aisya terjerit kecil
dicarinya benda apakah tersembunyi di celah-celah rumput yang telah menyakitkan jarinya itu
"laaaa,,, pokok semalu rupanya" monolog aisya sendirian
sedang aisya mencabut pokok semalu itu,,, jari nya sakit kerana terkena duri2 yang ada pada semalu itu...
di tarik-tarik nya akar pokok itu dengan sekuat hati, tapi susah untuk dicabut...
"oooiii pokok semalu, apesal la ko ni susah sangat nak kena buang"
bebel aisya sendirian..
"apesal la ko tumbuh kat sini,, pegi la tumbuh dlm hutan,, kan senang,, tak payah aku nak cabut ngko nih"
"susah betul ngko ni nak berpisah dengan tanah, siapa suruk ngko tumbuh kat sini"
"adoi,, sakit la,, duri ntah hape2"
bebel, bebel,, dan bebel lagi si aisya seperti tidak berpuas hati dengan kewujudan pokok semalu itu... suka betul dia membebel...
teringat si aisya pada zaman kanak-kanaknya dahulu.. betapa sukanya dia dan kawan2 sekampung mencari pokok semalu di celah2 pokok renek yang lain yg tumbuh meliar... respon yang diberikan pokok semalu itu amat mengeletek hatinya...tidak tahu kenapa, "mungkin aku masih kecil kot" bisik aisya sendirian lagi...
begitu la pokok semalu,,, menguncup bila disentuh,,, duri yang mencederakan,,, punyai akar tunjang yang sangat kuat...
belajar la dari semalu,, mempunyai perasaan malu,,, menjaga dan mempertahankan maruah yang diibaratkan daripada durinya,,, dan tegas,, seperti akarnya yang sangat kuat mencengkam pada tanah,, begitu la juga kita,, perlu tegas dan cekal dalam apa jua keadaan tanpa dipengaruhi oleh pandangan dan pemikiran negatif orang lain terhadap kita...
p/s: nama saintifik untuk pokok semalu ialah mimosa pudica.... Just want to share...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya adalah pokok semalu yang pemalu itu...hehe
isy3.... pemalunya dia
Post a Comment