Assalamualaikum wbt..
4 minggu telah berlalu, dan 4 minggu lagi masih berbaki untuk aku berbakti...
satu pengalaman yang ingin dikongsi...
Ada seorang nenak tua ni telah dimasukkan ke hospital. Keadaannya memang lemah sangat dan sudah berumur kira2 70 tahun lebih. Apa yang menyebabkan aku tidak puas hati adalah kerana ahli keluarganya tidak sanggup membawa pulang nenek tua ini, dan menyerahkan tugas menjaga nenek tua ini kepada pihak hospital. (ingat hospital tu badan kebajikan ke?).. huhuhuhu...
Bila keadaan nenek ini semakin pulih, (tapi tak dapat berjalan, memerlukan penjagaan setiap masa, dan perlu diberi makan melalui tiub melalui hidung), dan dibenarkan pulang ke rumah, ahli keluarga nenek ini tidak mahu menjaga nenek ni.. antara ayat2 mereka...
"kami tak bersedia la untuk jaga dia"
"tidak boleh ke hospital je yang jaga?"
ohh.. tidak!!! ada juga manusia yang lepas tangan untuk menjaga ibu mereka yang sudah tua. walau apa pun dosa mereka, mereka tetap ibu yang melahirkan.
Cukup azabnya ibu mengandung
Bulan berjalan hari dihitung
Ibu berserah rugi dan untung
Kepada Allah meminta tolong
Cukuplah bulan dengan harinya
Seorang putra dilahirnya
Bidan menyambut dengan lembutnya
Hampir si ibu hilang nyawanya
Bulan berjalan hari dihitung
Ibu berserah rugi dan untung
Kepada Allah meminta tolong
Cukuplah bulan dengan harinya
Seorang putra dilahirnya
Bidan menyambut dengan lembutnya
Hampir si ibu hilang nyawanya
sedih aku tiap kali melihat nenek ini..
agaknya apa ada dalam hati si ibu yang tua yang malang itu bila diperlakukan sebegitu rupa.
"oh anak2 ku, sampai hati kau biarkan ibu macam ni.."
lonely heart of a mother (pic: google) |
mungkin itu yang difikirkan si ibu sambil menangis dalam hati,, mengharap secubit kasih sayang anaknya di penghujung usia..
5 comments:
sy pon penah tgk pkara2 cam ni dpn mata sy sendri..
bkn nye 1,2 org.. tapi rmai..
ade yg sampai adk beradik bgaduh d hspital sbb x nak bgilir jg mak dieorg. =(
mcm tu skali chokely.. hish..
sob.. sob.. sedih pulak entry kali ni.. em sepuluh anak, blm tentu dpt mnjaga seorang ibu :'(
sob.. sob.. sedih pulak entry kali ni.. em sepuluh anak, blm tentu dpt mnjaga seorang ibu :'(
nana: betol2.. huhu...
Post a Comment