Social Icons

Pages

Friday, July 8, 2011

Jom kurus cara sihat

Ada sesetengah orang yang aku jumpa
bertanya cara untuk kurus
kurus itu idaman semua orang
yelah, sape yang tak nak kurus,
bukan kurus cekeding tau
tapi kalau nak kurus tu
biar lah dengan cara sihat
jangan bila kurus, memakan diri pulak


ada yang ikat perut
tak makan langsung
last2 kena gastrik
tak pasal2 kene jumpa dokter
ditanya kenapa?
tak makan sebab nak kurus

Ni ada skit tips yang mungkin dpat membantu

1. Makan acapkali tapi dalam kuantiti yang sedikit
Kalo lapar, makan je la
Tapi jangan banyak pulak. sekadar mengalas perut

2. Jangan minum air lepas makan.
Tunggu dalam 20 hingga 30 minit, baru la minum air
Klao x., nnanti perot booooncit

3. Makan makanan yang seimbang. mesti ada protein, karbohidrat, lemak.

4. sebelum makan makanan yang berat, minum air dulu dan makan buah-buahan.
Dengan cara ni, kita akan rasa cepat kenyang, dengan itu dapat mengurangkan pengambilan nasi yang berlebihan. cuba la...

5. berhenti sebelum kenyang. ni semua aku rasa semua orang dah tahu..
tapi, ada je yang buat-buat tak tahu... kan? kan? kan?

6. rajin-rajin la bersenam. biar keluar peluh tu skit..
lemak-lemak dalam badan pun akan terbakar dengan jayanya..
banyak-banyakkan minum  air masak, biar lemak yang terbakar tu dapat keluar dengan gembiranya..

7. rajin-rajin la berpuasa. tapi jangan niat semata-mata nak kurus. tak dapat pahala karang.
puasa tu biarlah ikhlas ye.. ni dah nak bulan puasa dah ni..

ada yang nak kurus punya pasal
makan ubat kurus tanpa nasihat dokter
kadang2 dalam ubat tu ditambah bahan yang dikawal
yang kita pengguna ni tak tahu
last2 kena penyakit lain disebabkan kesan sampingan ubat kurus tu
kan naya pulak tu
bukannya sikit, tapi banyak kes yang kita dengar.
jadi, sila ambil pengajarannya. ok..

info tambahan: aku ada terbaca yang banyak tidur boleh menyebabkan kurus.. hmmm...betul ke??

5 comments:

M a W a D D a H said...

patut la mu tidur banyak...hahaha

chokeLy said...

hehe.. byk cara la cube nk kurus ni. turun 100g naek 1kg.. haha

nurunnuha said...

ayat kat info tambahan tu applicable bukan untuk sume orang.. ngehngeh~

NAJMU said...

adah: muahaha

chokely: badan naik tanda hati senang.

nuha: mst utk nuha x applicable nih..

KakFuzzy said...

Salam.. bgus info yg diberi.. tq :)
untuk kurus serta sihat, perlu ingat 4 perkara yg paling penting

1- nutrisi seimbang
2- air
3- tidur yg cukup
4- exercise

selama 4 bln sy amalkan tu & ditambah dgn bantuan produk nutrisi yg sgt 'amazing', Alhamdulillah berat badan sy turun 13kg..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails