Social Icons

Pages

Thursday, April 19, 2012

Cuti-cuti Sarawak

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak sambung cerita pasal jelajah ke sarawak dan sabah.
Kali ini, ke Sarawak dahulu..

Gambar Intro... hehehe...
Hari pertama tu, 17hb bertolak dari LCCT pukul 11.45 pagi.
Excited nak naik flight, maklumlah bukan selalu naik flight kan.
Sampai kt lapangan terbang kuching tu, pukul 1.30 petang.
Vrrooomm... Membelah Laut China Selatan..
Sampai je, perut rasa lapar. Singgah la kt McD airport tu, menjamu selera sambil menunggu noma dan husna, orang sarawak dan johor yang bekerja di sarawak ambil kitorang.
Alhamdulillah, save poket kitorang sebab ada mereka berdua kat sarawak tu.

Then, kami dibawa ke rumah fatimah dan azila, rumah sewa member kitorang jugak orang semenanjung tapi posting di sarawak. Situ la tempat kami menginap dia sarawak, save lagi budget kitorang.. Hehe. Terima kasih fatimah dan azila.

Malam tu kami dibawa membeli-belah dia pasar malam satok. Kat situ la kami beli keychain & baju untuk dibawa balik ke semenanjung. Banyak jgk barang yang murah2 dan cantik.

Untung banyak makcik jual pelekat peti sejuk ni.. banyak kami borong..

Keesokan harinya, 18hb tu kami dibawa membeli-belah di Serikin, di sempadan malaysia dan indonesia. Banyak item yang murah, seperti telekung sembahyang, jubah, blaus dan macam2 lagi.

Xde keje posing..
Dah penat membeli-belah kt serikin tu, kitorang balik rumah tido. Haha..
Letih kot pegi sana. Then, petang tu kitorang pegi waterfront, naik bot. Hehe..
Walaupun aku ni dh biasa naik bot, bot kt kuching pn aku nak merasa jugak kan. Bukan selalu aku pergi sarawak..


Hari ketiga kt sana, kitorang pegi melawat Kampung Budaya Sarawak.
tempat ni berdekatan dengan Gunung Santubong.

Gunung Santubong.. seperti gunung berapi berasap yang sedang bersiap sedia untuk memuntahkan laharnya..
berbaloi la kalo korang nak mengetahui pelbagai etnik yang ada kat sarawak.
macam2 jenis rumah ada, bergantung pada etnik yang ada kat sarawak nun..
then, ada jugak persembahan budaya setiap etnik di sarawak..
mesti korang akan suka. yang paling aku suka adelah persembahan sumpit-menyumpit.. hahaha..


Balik jer dari Kampung Budaya tu, kitorang singgah merasa Laksa Sarawak.. sedap jugak la bagi aku..
untuk buah tangan balik semenanjung, kitorang beli kek lapis dan jugak ikan terubuk.
tak sah la kalo pegi sana tapi tak membeli kedua2 benda ni.
disebabkan kitorang lambat lagi balik semenanjung, nak singgah di Sabah dulu (hehe..) kitorang pos laju je terus benda2 makanan ni ke kampung.. risau jugak takut tak tahan, membazir je..

Singgah kejap beli ikan terubuk masin..
After letih memilih dan membeli bahan makanan ni, perut pun berbunyi mintak di isi.. hehe
singgah pulak lagi makan mee kolok, chicken wing dan banana cheese..
memang aku tak pernah jumpa mende ni kat semenanjung, kecuali chicken wing la.
melantak abis kitorang.
chicken wing dan banana cheese order 2 kali.. (hehe...)

Gambar makanan ni kena letak besar2..
Keesokannya, kami berangkat ke Sabah pulak..
akan bersambung di entri seterusnya... tungguuuu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails