Social Icons

Pages

Monday, April 26, 2010

Saya Accident...

Assalamualaikum wbt..

Syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan kurnianya saya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, murah rezeki semenjak dua tiga menjak ni.. birthday kek dapat dua kali, pertama 3hb April hari tu,, kedua dapat semalam.. Mimpi apa ntah kawan2 nak bagi dua kali walaupun sambutan dengan orang yang berbeza.. Hari ni jugak keluar ke shah alam, sambut birthday seorang kawan dekat tasik shah alam... hujan rintik2 tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan agenda yang sudah dirancang... Cewwahh..

Kek sumbangan ahli rumah A2205 ---uzaimah, roi, sherdila, noma, liana, lin, husna---
( gabung dengan birthday liana )

Kek sumbangan 6 sekawan ---lea, husna, ain, lin farrah---
( gabung dengan birthday farrah.. p/s: farrah buat mi goreng jugak tau)





Aiikk.. ni dah lari dari tajuk entri nih. hehehe... Sebenarnya dalam perjalanan balik ke puncak alam, kereta kancil yang dipandu lea telah berlanggar dengan sebuah motosikal. dalam kereta tu hanya kami berdua, lea dan saya.. ini adalah kali pertama lea pandu kereta dari shah alam ke puncak alam. jadi, dia minta saya untuk tunjuk ajar mana yang perlu dan tunjuk jalan ke puncak alam..

Tapi nasib agak malang hari ini kerana kami terlibat dengan kemalangan dengan sebuah motosikal.. hhmmm, sebenarnya benda ni berlaku kat traffic light. lampu isyarat laluan kami berada masa tu hijau,, so lea bawak la kereta dengan yakinnya. (Mesti la kan,, dah lampu isyarat hijau).. then, tiba2 ada la satu motosikal dari arah bertentangan ni buat u-turn kat traffic light tu. lea tak perasan ada motor wat u-turn.. Apa lagi, bertembung la kami bersama2.. Aiyarrkkk!!!...


Lepas tuh... terkejut. lea dgn penuh kekuatan tekan brek.. nasib baik tak ada apa2 yang berlaku.. penunggang motor tu bangun (nasib baik tak ada apa2,, kalo x dah jadi kes polis tu), lepas tu mintak maaf ngan kami dan terus blah.. dia tau la tu dia yang salah.. huhuhu.. nasib baik lea sempat brek, kalau x mungkin dia dah terseret.. tak dapat nak bayangkan,, mintak jauh la.. bercalar jugak la kereta lea..

Apa yang saya nak cakap kat sini, kita dah ada undang2 kat negara kita ni untuk dipatuhi, bukan untuk dilanggar.. jadi, tolong lah ikut untuk keselamatan semua pihak. kadang2 kita dah bawak kereta hati2, tp orang lain yang tak berhati2,, kita pulak yang terkena tempias. bila dah accident, siapa yang patut disalahkan?... adoi, geram la pulak kat penunggang motor tu... dah la langgar lampu isyarat, motor pulak warna hitam, topi keledar warna hitam, susah betul nak nampak malam2...


Kepada penunggang motor kat luar sana (sesetengah la, bukan semua,,, heee,, adah pun penunggang motor),, sila hati2 dan ikut la apa yang perlu diikut. saya tak salahkan siapa2 kat sini, tapi untuk keselamatan semua,, sila la pertimbangkan.. I concern U, U concern me.. OK??....


Kadang2 ada penunggang motor yang main ikut suka je bawak motor (ditekankan sekali lagi ye,,, bukan semua ye).. hari tu naik kereta dengan kawan jugak, ada la satu motor ni langgar cermin sisi kereta viva kawan saya... terus terpelanting penutup cermin tu.. penunggang motor ni terus je blah wat tak tahu... terpaksa la kawan saya tu keluarkan duit nak baiki apa yang rosak..


So, moral of the story sila la bawak kenderaan anda dengan berhati2.. kemalangan boleh dicegah.. jangan bila dah terhantuk, time tu la baru nak terngadah.. Sayangi nyawa dan hidup anda.. Biar apa pun yang berlaku, ajal dan maut tetap ditangan Allah swt..

Friday, April 23, 2010

Kena Tag

Assalamualaikum

Hari ini ku terpaksa mengepost entry baru kerna ditag oleh kakakku, mawaddah. Tagged tu ape sebenarnya? entah,,, ku pon tak tau.. sebenarnya ni first time kot jawab tagged.. Sebelum ni ada la jugak cik adah mengetag ku.. tapi dibiarkan saje sebab tak tau pulak kena jawab balik.. huuuu,, org baru dunia blog la katakan.. Malas la nak cakap panjang2,,, tengok la ape dia suruh buat nih....

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.

 hhhmmm,, name folder adalah finishing school 

2. Select the 8th photo in that folder.

 hhhmmm,, gambar apa ni? 

3. Post that photo along with the story behind it.

 Haaa,, ni gambar yang kelapan tuh.. ni gambar time our last program as a student,, finishing school program.. as a preparation mentally and physically before entering working world.. Nervous la nak keje.. Tempat adalah di DK 10, bangunan Fakulti Farmasi 4. Tarikh 10 April 2010.. ini la last kami semua masuk dewan kuliah dengan kawan2..

Semua sibuk nak bergambar je time nih. kami semua curik kejap masa rehat untuk sesi seterusnya.. best jugak la program hari tu. Ada ceramah (ada yang best, ada yang ngantuk,, huu), ada grooming skill session (yang ni best,, heheehe), ada sesi latihan dalam kumpulan (LDK) dan yang paling best kumpulan kami dapat no 1 (bukan selalu bertuah macam nih)... dapat hadiah frame yang comel.. :)

Lepas nih, dah takde dah nak main2 dalam DK. nak curik2 tidur time pensyarah berbuih mulut mengajar kt depan, nak curik2 makan bila xsempat nak breakfast kt bilik, nak kaco member yang tengah tidur dalam kelas, nak usha orang2 lain mengangguk2 tanda faham dalam kelas (padahal tersengguk2 tidur), nak curik2 study subjek lain kalau lecture bosan, nak lukis2 ape yang patut, nak main balas2 tulis mesej yang mengarut dengan kawan sebelah, kiri,kanan, depan, belakang sambil bergelak ketawa (nampak sangat tak bagi tumpuan,,, nggeeheehe)..

Lepas ni dah tak ada dah.. huuu... dah tak ada dah... alaa, sedih la pulak.. huissh,, panjang la pulak story nih.. (Heee)..

4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

    Huuu,,, tak ada kawan sangat la nak tag.. baru lagi.. heee..  nak tag Hafizuddin sorang je la..  amik la along, mu nak buat, buat la, tak nak buat sudah... huahua

Thursday, April 22, 2010

Cerita 21 April

Assalamualaikum wbt...
Semalam 21 April.. kenapa dengan 21 April.. tak ada ape2 la sebenarnya.. heee,, Semalam adalah first paper untuk final exam untuk final year... Pharmacoepidemiology (ape tu?)... Sebijik mcm soalan past year 2008.. kalaulah tau soalan past year akan keluar, mati2 akan ku hapal je jawapan untuk soalan tuh.. huuu.. 

Next  paper 30hb April ni lak, subjek Applied therapeutic in gastrointestinal, renal and endocrine disorders.. terbelit lidah nak sebut.... sila study ye cik najmu.. then, paper applied therapeutics in hematopoietic, neurological and psychiatric disorders and the last paper adalah ethics and forensic pharmacy... lepas tu?? kami budak satu rumah dah plan nak g jalan2... . hee.. tempatnyer adalah rahsia dulu buat masa sekarang...

Petang semalam, lepas abis paper kami satu rumah bertolak la ke shah alam, menyinggah ke Noodle Station kat SACC Mall.. saje nak merasa makanan kt situ....

 Alahai, bila makanan nak sampai nih??Kebulur dah.. nak angkat kepala pun xlarat...

 Akhirnya makanan sampai,, ape lagi,, melahap la semua

 A2205 members di Noodle Station
 
Lepas perut masing2 kenyang gendang gendut tali kecapi, singgah pulak la kt Big Apple.. haahaahah... Makan lagi.. ape jenis budak la ni..

 pilih,, jangan tak pilih


Sempat lagi tuh... kat mana la ni mereka berposing....

Then, kami jalan2 kt i-City.. Dah lama dah berangan nak g ke situ, tp nak wat cmne.. Asyik busy je manjang.. Kalo xde kelas, ade assignment, kalo xde assingnment, ade presentation la pulak. kalo xde presentation, ade test la pulak... kalo xde presentation, ade clinical attachment kt hospital la pulak.. kalo xde attachment, kene buat report la pulak... hhmmm... akhirnya, tercapai jgk la impian satu rumah nak jalan2 ke situ...


 I-City... penuh ngn lampu warna-warni

Dalam perjalanan pulang ke puncak alam, singgah la pulak kejap kat Fun Fair kat Klang Sentral. takde orang sangat pun.. huu, sempat la jgk naik mende yang pusing2 ke atas tuh.. ape ntah namenyer.. main naik jer.. ingat malas nak naik, tp sebab satu rumah nak naik, terpaksa la jgk beli token tuh..


Ni la, benda pusing2 tu... ape namanya ntah...

kami satu rumah sempat main satu permainan tu je.. huu, sebab dah pukul 10.30malam dah.. terpaksa balik cepat2. takut nanti kena hambat ngan pak guard kt pintu masuk kolej tu.. time lalu je pintu masuk tu, buat2 muka baik2 semua.. hahaha... nasib baik tak kena tahan dan soal macam2...


Last but not least,


Terima kasih kat A2205 members yang bagi ole-ole ni kat saya.. uzaimah, husna, lin, roi, noma, sherdila,,, dan juga liyana... Lampu antik tu comel, dah la ada bintang kt situ,, i like.. binatang kuning ni akan ku guna untuk pukul di waktu ke'tension'an + ke'sakit hati'an... Thanks a lot...

Monday, April 19, 2010

Surat daripada SYAITAN??

Hai manusia yang tersayang,

Sewaktu engkau mahu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi. Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingat apa2. Sememangnya engkau tidak membuang masa tidurmu.

Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh. Bagus sekali kawanku! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman. Jangan engkau susah-susah bangun dan memendekkan masa tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Janganlah engkau pedulikan azan subuh yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah wahai sayangku.

Aku juga melihat engkau memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Bagus sahabatku. Seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Pasti ada mata-mata yang terpikat dan terpesona melihat kecantikanmu itu. Sesungguhnya kecantikan yang ada padamu hendaklah ditonjolkan untuk tontonan ramai.

Aku juga melihat engkau jarang membaca Bismillah sebelum makan. Ini sangat bagus kerana kamu tidak memenatkan mulutmu. Makan lah dengan lahap dan sepuas2nya sayangku. Inikan rezeki dari Tuhanmu.

Sahabatku, aku lihat bila engkau bertemu sahabat handaimu, engkau mengucapkan "Hai", "Hoi", bukannya Assalamualaikum.. Bagus sahabatku, engkau tidak la nampak seperti kekampungan dengan mengucapkan perkataan seperti itu. Engkau telah mengikut trend semasa.

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat yang sejati. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat bersama-sama berjalan.... Kita akan berpegangan tangan menuju neraka jahanam. Betapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sahabatku..

Sahabatmu yang tercinta,,,
Syaitan

Credit to RaudhahTribune

AArrgghhhh!! Tiddaaakkk!!! adakah aku salah seorang sahabat syaitan??
'Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau memberi petunjuk kepada kami'
~pesanan buat diri yang sering alpa~

Thursday, April 15, 2010

Open Your Eyes (Bukalah matamu)

Pleezzee. tengok video ni kejap... Sangat best...I like it so much..


 

By: Maher Zain

Look around yourself
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony 
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No.. 
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time.. 
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there? 
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No.. 
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time.. 
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life.. 
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time.. 
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time.. 
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..
 
Artist: Maher Zain Album: Thank You Allah Copyright: Awakening Records 2009
   
And the video below is the same song but it story how a photographer become a Muslim.. Let's take a look... ;D... Kalau nak tengok lebih banyak lagi, bolehlah berkunjung ke Youtube ye kawan2..

 


Best kan?? uhuk.. uhukk (T_T).. Thanks Allah I was born as a Muslim..

Tuesday, April 13, 2010

Satu Kisah di Petang Isnin

Tersebutlah satu kisah di petang semalam bersama seorang kawan. Sedang sibuk mencari roti di koperasi, datang la seorang budak perempuan agak2 dalam 3 tahun yang baru lepas bermain. Main ape entah, lagaknye macam sangat dahaga..

Nak dijadikan cerita, saya tengah pegang teh ais yang yang sedap. Nak tau, budak perempuan tu datang, dia cakap "nak air".. Tiba-tiba jer kot... hhmm, dalam hati, apekah budak ni? dah la aku tak kenal. Aku lesing kang baru tau. Dengan baik hatinya, bagi la sikit sebab kesian dia tengah dahaga.. Si kawan saya ni masuk dalam koperasi cari barang. Ok, that's part is fine.. Lepas tu, saya masuk la dalam nak pergi bayar harga roti tuh ganti dengan kawan saya tu duduk dekat ngan budak perempuan tuh..

Keluar je dari koperasi tuh, terkejut tengok budak perempuan tuh tengah makan aiskrim.. Bukan aiskrim murah, tp aiskrim cornetto tu, yg mahal tuh, nampak tersangat la sedap dan nikmat sekali...


Then, saya tanya la si kawan saya ni.. Apa terjadi? Ini jawapan kawan saya " Tadi ada 2 orang student keluar dari koperasi, baru lepas membeli belah. Budak perempuan tu nampak la seorang student tu bawak aiskrim. Lepas tu, budak perempuan tu mintak aiskirm diorang. Yang aku tak tahan, student tu beli 2 aiskrim, yang murah satu, yang mahal satu.. Nak tau, budak perempuan tu taknak yang murah, dia mintak yang mahal"... Apekah?? Sungguh berani budak perempuan ni mintak sesuatu dengan orang asing.. Ish3.. Tergeleng-geleng kepala je yang aku mampu...

Friday, April 9, 2010

Sihat sebelum sakit

Assalamualaikum wbt

Setelah lama buat blog tanpa posting, akhirnya terlintas jua di hati nak menaip.. Bukannya apa, clinical attachment baru berakhir semalam, dan presentation hari ni. Kiranya, masa sibuk masa attachment dah berlalu.. akan datang, final exam.. and then, graduation.. yeyeye.. setelah 4 tahun bertungkus-lumus, berakhir jgk study nih.. kejap je masa berlalu... tak sabar nak balik rumah.. Sebut mengenai masa ni, teringat akan ingat lima perkara, sebelum lima perkara.. Korang mesti ingat kan, lagu yang dinyanyikan oleh raihan tuh..

5 perkara itu adalah sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Masa sihat sebelumnya datang masa sakit...

Hhhmmm, teringat time attachment kt hospital selama sebulan tuh. walaupun sebulan je, banyak yang saya belajar.. learn about life, relationship with other people, communication skill, reading skill (hehe, betapa susahnya nak baca tulisan doktor) and how much i appreciate on my health.

Bersyukur sangat bila dapat attach kt hospital yg kite dapat naik ke ward (hospital yang guna sistem manual la katakan), clerk case kt depan pesakit tu sendiri. at least kite dapat tengok sendiri keadaaan pesakit tuh.


Kesian jgk bila kawan2 yang lain yg attach kt hospital yg direstrictkan tak boleh naik ke ward tanpa kehadiran preceptor, semua maklumat tentang pesakit terus boleh dapatkan dari komputer, takpun ade preceptor yang baik hati tolong printkan sebab hospital tu gunakan sistem IT, dan ade jugak kawan2 saya yg dapat kes pesakit yang dah discharged, tak dapat langsung tgk pesakit tuh. tapi diorang kurang sibuk la berbanding dengan kitorang yang attach kat hospital bersistem manual nih... sedih bila tengok pesakit2 berbaring je kt atas katil bercadar putih, baju hijau. nak2 lagi bila attach kt ccu dan icu unit tambah2 lagi pesakit yg terbaring je atas katil. xsanggup nak tengok. lagi2 la saya rasa amat bersyukur atas nikmat sihat ni. xnak sakit2...


So, masa sihat ni la kita kena penuhi sepenuhnya dengan aktiviti yg bermanfaat. kadang2, ramai yg saya tengok orang sekarang ni xbersyukur atas nikmat sihat ni. yang merokok bukan main ramai lagi walaupun dekat kotak rokok tu dah ade gambar kanser paru2 la, anak yang cacat la, dan macam2 lagi. kajian menunjukkan yang kanser paru2 merupakan penyebab utama kematian yang disebabkan oleh kanser. Akan tetapi, jumlah perokok yang Malaysia ni tak pernah berkurang.


Mungkin ada si perokok yang tak nak berubah. Mungkin juga ada ada yang terlintas kat hati nak berubah, tetapi tidak berani mengambil langkah untuk berhenti. Dan mungkin jugak yang pernah berhenti, tapi tak kuat untuk meneruskannya, jadi terpaksa la merokok balik. Kenapa ini berlaku? Ini semua sebenarnya bergantung kepada si perokok itu sendiri. Nothing can change yourself but you. So, you have to change before it is too late..

Mula2 ingat nak letak gambar kanser paru2, kanser mulut dan macam2 penyakit yang disebabkan oleh rokok tu yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan Malaysia, tapi tiba2 tak jadi,, geli.... Mungkin kita tak nampak lagi kesan merokok tu pada diri sendiri buat masa sekarang, tapi sepuluh tahun, dua puluh akan datang, kita tak tahu.. It depends on you to decide..

Cuba bayangkan si ayah ni seorang perokok, dan si anak kepada si ayah ni ada penyakit asma. Kalau si anak ni terhidu asap rokok yang dihembus dengan nikmatnya oleh si ayah ni, semestinya keadaan asma si anak ni akan menjadi lebih teruk.

Asap rokok ni bukan sahaja boleh beri kesan yang buruk kepada si perokok itu sendiri, ia jugak boleh beri kesan buruk terhadap orang yang disekeliling.. Bukan setakat tu je, banyak duit yang hangus macam tu je sebab digunakan untuk beli rokok. Kan best kalau duit yang kita guna untuk beli rokok tu kita buat simpanan untuk masa susah ke, sedekahkan kat masjid ke, banyak pahala yang akan dapat tu. So, fikir-fikirkan lah…

Jadi, gunakanlah masa sihat ni dengan sebaiknya dengan kegiatan yang berfaedah dan jauhi benda2 yang memudaratkan. Sebab kita tak tahu, bila masa sakit kita akan sampai..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails