Social Icons

Pages

Monday, April 26, 2010

Saya Accident...

Assalamualaikum wbt..

Syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan kurnianya saya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, murah rezeki semenjak dua tiga menjak ni.. birthday kek dapat dua kali, pertama 3hb April hari tu,, kedua dapat semalam.. Mimpi apa ntah kawan2 nak bagi dua kali walaupun sambutan dengan orang yang berbeza.. Hari ni jugak keluar ke shah alam, sambut birthday seorang kawan dekat tasik shah alam... hujan rintik2 tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan agenda yang sudah dirancang... Cewwahh..

Kek sumbangan ahli rumah A2205 ---uzaimah, roi, sherdila, noma, liana, lin, husna---
( gabung dengan birthday liana )

Kek sumbangan 6 sekawan ---lea, husna, ain, lin farrah---
( gabung dengan birthday farrah.. p/s: farrah buat mi goreng jugak tau)





Aiikk.. ni dah lari dari tajuk entri nih. hehehe... Sebenarnya dalam perjalanan balik ke puncak alam, kereta kancil yang dipandu lea telah berlanggar dengan sebuah motosikal. dalam kereta tu hanya kami berdua, lea dan saya.. ini adalah kali pertama lea pandu kereta dari shah alam ke puncak alam. jadi, dia minta saya untuk tunjuk ajar mana yang perlu dan tunjuk jalan ke puncak alam..

Tapi nasib agak malang hari ini kerana kami terlibat dengan kemalangan dengan sebuah motosikal.. hhmmm, sebenarnya benda ni berlaku kat traffic light. lampu isyarat laluan kami berada masa tu hijau,, so lea bawak la kereta dengan yakinnya. (Mesti la kan,, dah lampu isyarat hijau).. then, tiba2 ada la satu motosikal dari arah bertentangan ni buat u-turn kat traffic light tu. lea tak perasan ada motor wat u-turn.. Apa lagi, bertembung la kami bersama2.. Aiyarrkkk!!!...


Lepas tuh... terkejut. lea dgn penuh kekuatan tekan brek.. nasib baik tak ada apa2 yang berlaku.. penunggang motor tu bangun (nasib baik tak ada apa2,, kalo x dah jadi kes polis tu), lepas tu mintak maaf ngan kami dan terus blah.. dia tau la tu dia yang salah.. huhuhu.. nasib baik lea sempat brek, kalau x mungkin dia dah terseret.. tak dapat nak bayangkan,, mintak jauh la.. bercalar jugak la kereta lea..

Apa yang saya nak cakap kat sini, kita dah ada undang2 kat negara kita ni untuk dipatuhi, bukan untuk dilanggar.. jadi, tolong lah ikut untuk keselamatan semua pihak. kadang2 kita dah bawak kereta hati2, tp orang lain yang tak berhati2,, kita pulak yang terkena tempias. bila dah accident, siapa yang patut disalahkan?... adoi, geram la pulak kat penunggang motor tu... dah la langgar lampu isyarat, motor pulak warna hitam, topi keledar warna hitam, susah betul nak nampak malam2...


Kepada penunggang motor kat luar sana (sesetengah la, bukan semua,,, heee,, adah pun penunggang motor),, sila hati2 dan ikut la apa yang perlu diikut. saya tak salahkan siapa2 kat sini, tapi untuk keselamatan semua,, sila la pertimbangkan.. I concern U, U concern me.. OK??....


Kadang2 ada penunggang motor yang main ikut suka je bawak motor (ditekankan sekali lagi ye,,, bukan semua ye).. hari tu naik kereta dengan kawan jugak, ada la satu motor ni langgar cermin sisi kereta viva kawan saya... terus terpelanting penutup cermin tu.. penunggang motor ni terus je blah wat tak tahu... terpaksa la kawan saya tu keluarkan duit nak baiki apa yang rosak..


So, moral of the story sila la bawak kenderaan anda dengan berhati2.. kemalangan boleh dicegah.. jangan bila dah terhantuk, time tu la baru nak terngadah.. Sayangi nyawa dan hidup anda.. Biar apa pun yang berlaku, ajal dan maut tetap ditangan Allah swt..

4 comments:

M a W a D D a H said...

baik najmu...

NAJMU said...

hehe.. debor gile time tuh.. nasib baik bukan keretaku.. 1st time accident.

HamiaZu said...

sabar ye jimmy..

NAJMU said...

Hamiazu: time kasih.. rajin bukak blog kite nih time exam.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails