Social Icons

Pages

Monday, April 19, 2010

Surat daripada SYAITAN??

Hai manusia yang tersayang,

Sewaktu engkau mahu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi. Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingat apa2. Sememangnya engkau tidak membuang masa tidurmu.

Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh. Bagus sekali kawanku! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman. Jangan engkau susah-susah bangun dan memendekkan masa tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Janganlah engkau pedulikan azan subuh yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah wahai sayangku.

Aku juga melihat engkau memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Bagus sahabatku. Seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Pasti ada mata-mata yang terpikat dan terpesona melihat kecantikanmu itu. Sesungguhnya kecantikan yang ada padamu hendaklah ditonjolkan untuk tontonan ramai.

Aku juga melihat engkau jarang membaca Bismillah sebelum makan. Ini sangat bagus kerana kamu tidak memenatkan mulutmu. Makan lah dengan lahap dan sepuas2nya sayangku. Inikan rezeki dari Tuhanmu.

Sahabatku, aku lihat bila engkau bertemu sahabat handaimu, engkau mengucapkan "Hai", "Hoi", bukannya Assalamualaikum.. Bagus sahabatku, engkau tidak la nampak seperti kekampungan dengan mengucapkan perkataan seperti itu. Engkau telah mengikut trend semasa.

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat yang sejati. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat bersama-sama berjalan.... Kita akan berpegangan tangan menuju neraka jahanam. Betapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sahabatku..

Sahabatmu yang tercinta,,,
Syaitan

Credit to RaudhahTribune

AArrgghhhh!! Tiddaaakkk!!! adakah aku salah seorang sahabat syaitan??
'Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau memberi petunjuk kepada kami'
~pesanan buat diri yang sering alpa~

2 comments:

XIX Dragunov said...

hoh, member ngan syitan ke..hahaha

NAJMU said...

ceh.. along ngoh. tak membantu langsung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails