Social Icons

Pages

Tuesday, May 25, 2010

Kerjaya Farmasi

Assalamualaikum wbt.

Entry kali ini saya ingin bercerita sedikit sebanyak mengenai kerjaya farmasi nih.. Artikel diambil dari alumni USM.



Kerjaya sebagai Ahli Farmasi menawarkan peluang kerjaya yang amat luas. Buat masa sekarang, prospek kerjaya Ahli Farmasi adalah amat cerah sekali kerana terdapat kekurangan Ahli Farmasi dalam sektor awam
mahupun swasta. Dari segi pekerjaan, graduan farmasi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan.

Selepas memperolehi kelulusan B. Pharm., iaitu degree farmasi yang diiktiraf, seseorang graduan farmasi mesti menjalani housemanship/training (dipanggil juga sebagai Provisionally Registered Pharmacist, PRP) selama 12 bulan di hospital awam yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia. Objektifnya ialah untuk graduan menjalani program latihan yang terancang tentang aspek praktis farmasi dibawah penyeliaan ahli farmasi berdaftar.

Selepas lulus peperiksaan Farmasi Forensik dan menamatkan satu tahun housemanship, graduan layak untuk berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia dan praktis sebagai seorang Ahli Farmasi yang berdaftar di Malaysia.

Kerjaya sebagai Ahli Farmasi menawarkan skop pekerjaan yang amat luas. Ahli Farmasi boleh berkhidmat dalam sektor kerajaan mahupun dalam sektor swasta.

Dalam sektor awam, peluang pekerjaan bagi ahli farmasi meliputi di hospital-hospital kerajaan, hospital
universiti serta hospital angkatan tentera. Selain daripada itu, ahli farmasi juga memainkan peranan yang penting dalam bidang penguatkuasaan dan pendaftaran ubat-ubatan sebagai pegawai penguatkuasa.

Dalam sektor swasta, ahli farmasi boleh berkhidmat di hospital-hospital swasta, farmasi komuniti (kedai farmasi), pegawai pemasaran syarikat farmaseutikal tempatan atau multinasional.

Dalam industri farmaseutikal, ahli farmasi boleh berkhidmat di peringkat pengurusan, pemasaran atau terlibat secara terus dalam kawalan mutu, pengeluaran atau pembangunan ubat-ubatan.

Dalam bidang akademik, keperluan tenaga pengajar juga semakin meningkat memandangkan banyak IPT sudah menawarkan kursus farmasi.



So, kerjaya farmasi bukan hanya membancuh ubat-ubatan dan menjaga di kaunter2 mengambil ubat seperti yang digambarkan oleh masyarakat2 kita sekarang. Bidangnya adalah amat luas dan ia merupakan salah satu bidang yang life-long learning dengan kehadiran ubat2 baru di pasaran untuk memastikan ubat yang diberi kepada pesakit adalah terjamin dari segi keselamatannya.


Sunday, May 9, 2010

Mimpi malam tadi

Salam...


Malam tadi mimpi,,,
Mimpi tercabut gigi,,,
Sedih rasa di hati,,,


Sebelum ni pernah mimpi,,
mimpi tercabut gigi,,,
lepas itu orang tersayang pergi,,,


Kali ini mimpi lagi,,,
Apa maksud kali ini,,,
Harap2 hanya mainan tidur malam tadi,,,
Hanya Dia yang mengetahui,,,
Apa akan terjadi di kemudian hari,,,


Apa2 pun, ku redha ketentuan Ilahi,,,
sebagai ujian untuk diri,,,
Harap tak tersasar dari landasan ini....


p/s: memujuk diri sendiri

Wasiat?? Tag la

Assalamualaikum wbt..


Saya dapat wasiat dari Adah. Dah lama sebenarnya,, tapi malas nak buat.. buat keje lain yang perlu dulu.. malam ni baru la lapang sikit,,, sementara berada di Puncak Alam nih.. Menunggu siapa la yang nak ambik ni, bawak balik ke kampung halaman.. ni dia wasiat nyer...




Dapat sekor lembu.. ok la tu, boleh buat kenduri kawin kan..




1. Thank and link the person that gave you the cow
Terima kasih kt kakak saya,, si Adah,, sebab bagi lembu comey ni

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 blogger yang paling active atau 7 yang paling tak active
Nak bagi kt Adah balik.. hahaha

3. Bagitau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat...
"Ambik la balik wasiat nih.. muahaha.. suruh ayoh korban wat nikoh nasir..."


4. Cerita 3 perkara apa yang anda selalu wat sambil tgk tv
Picit jerawat
Makan
garu kepala

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan
tak ingat

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat Facebook
190 kot..

7. Feveret soalan ni... camner korangberjumpa spouse korang or pakwe or makwe.. kat mana??
Tak pernah jumpa sbb tak pernah ada
ok la,, sini je wasiat tu.. jumpa lagi lain kali...

Monday, May 3, 2010

Pernahkah anda?


Bangun je dari tidur,,,,

Pernahkah anda nak buka pintu rumah, tapi sebenarnya nak ke bilik air?

Pernahkah anda mandi, tapi terlupa bawa tuala? lepas mandi baru perasan?

Pernahkah anda keluar je dari bilik air, bawa sekali sabun masuk bilik tidur? Bilik air dalam rumah je...

Pening2

Pernah tak? pernah tak?

Inilah padahnya tidur pukul 3 pagi semalam stay up nak study untuk exam hari ni.. otak pun dah jadi kurang betul... 




Kesimpulannya: Jangan study last minute...

p/s : One more paper to go.. chaiyok2... tak sabarnya nak habiskan 'penderitaan' ini...

Tag yang saya suka

Assalamualaikum wbt.. 


Saya kena tag lagi oleh Adah. Kali ni kena cerita pasal buku.. Ceritalah Buku.. Book is window of the world.. Ni yang berkobar-kobar nak cerita ni sebab saya suka baca buku.. Dulu cita-cita nak jadi cikgu, tapi rezeki ke arah lain pula... Adah cerita 3 buah buku, saya pun nak cerita 3 buah jugak la.. kena ikut orang yang mentag.. baru sekarang ada masa nak mejawab tag, sibuk sangat dengan exam..


Buku pertama
Disebabkan sekarang ni musim exam, dan hari-hari mengadap buku je, ni la buku yang saya selalu ngadap tu.. Dah naik bosan kot buku ni ngadap muka saya.. pagi, petang, siang, malam... tido pun atas buku ni.. minta maaf buku,,, tertidur atas kamu...
Pharmacotherapy Handbook.. ini baru anak dia je.. Mak buku ni nama Pharmacotherapy Textbook... Textbook tau,, textbook tu maknanya tebal.. Ada 2559 muka surat.. Penting buku ni untuk pilih ubat apa yang sesuai nak rawat orang sakit selain daripada untuk lulus exam.. :) ... Sesiapa yang berminat nak ambil farmasi tu, atau ada adik, kakak, abang nak ambil farmasi, atau saje2 nak tambah pengetahuan,,, boleh la beli buku ni.. Harganya tak ada la mahal sangat (RM 300++) kalau nak dibandingkan dengan sedikit ilmu yang kita dapat ni... Hanya setitis dakwat dilautan tak terbanding dengan ilmuNya..

Buku kedua
Sudah penat memerah otak study buku pharmacotherapy ni, curi masa sikit baca buku ni...


Saya sangat tertarik baca buku ni.. kadang2 kita lupa,, sebab terlalu seronok sangat dengan dunia ni.. Ada masanya kita perlu baiki balik kesilapan kita sebelum terlajak jauh.. Ada masanya kita perlu berubah kepada yang lebih baik.. ini masanya kita u-turn balik. bukan jalan raya je yang ada u-turun ni.. Sebenarnya, ada hikmahnya Allah beri kita nikmat lupa... kenapa?? hhmmm... kena la baca buku ni sendiri ye.. Kalau nak pinjam bagitau ye,, kalau nak beli sendiri pun boleh.. Tak akan miskin la kalau beli buku2 yang berfaedah..

Buku ketiga
Buku ni saya dapat 3 hari yang lepas walaupun dah lama menempah..


Hadiah buat muslimah.. buku ni cerita tentang panduan asas fiqah wanita. bagus jugak baca buku ni sebab menyentuh semua bab mengenai wanita secara terperinci untuk kita perbaiki ibadah kita sebagai wanita... Ada perkara asas Fardu Ain berkaitan wanita seperti bersuci, wuduk, solat, menutup aurat, pergaulan, poligami dan macam2 lagi la.. Mari lah kita sama2 perbaiki ibadah kita untuk mendapat keredhaanNya ( pesanan untuk diri sendiri jugak ni)

Saturday, May 1, 2010

Dapat Award

Assalamualaikum wbt..

Buat pertama kalinya, saya dapat award.. tiba2 je dapat award dari adah.. lawak la.. New blogger award. award untuk orang yang baru berblogging.. betul la tu, memang saya baru buat blog.. baru sangat,, tak tahu la sampai sebulan ke tak lagi ni.. jadi, kalau ada apa-apa yang terkurang tu, yang kena perbaiki tu,, tegur2 la ye... Dan salam perkenalan untuk sesiapa yang saya baru kenal melalui dunia blogging ni... okeyy....


Dan, sesiapa yang new blogger tu yang nak award ni jugak, sila la bagitahu saya ye,, nanti saya bagi.. okeeyyy,,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails