Social Icons

Pages

Friday, July 2, 2010

Pelanggan Pertama

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah, malam ni saya bersyukur sebab dapat pelanggan pertama untuk chalet kami.. datang dari johor, sebab nak hantar anak daftar masuk uni. sebenarnya, chalet ni tak berapa nak siap lagi, takde aircond lagi, takde tv, takde kabinet, tapi mungkin rezeki kami.. terima kasih banyak2 buat kawan2, azyani dan akma sebab rekomenkan chalet kami..


nama chaletnya belum ditetapkan lagi, nak bincang2 dulu.


bagi sesiapa yang berpeluang datang melawat atau melancong ke terengganu, khususnya di kuala terengganu, boleh la menginap di chalet kami. bilik ada 4 buah, next time akan ditambah. sebab ni baru permulaan, modal tak cukup nak buat bilik banyak2.. 


lokasi chalet kami di kampung teluk ketapang, seberang takir,,
-agak2 15 minit ke bandar kuala terengganu..
-jalan sikit dari chalet kami, terus nampak pantai.
-berdekatan dengan lapangan terbang Sultan Mahmud, stadium Sultan Mizan
-berdekatan dengan ICT (Ikan celup tepung).. boleh menjamu selera sotong celup tepung, keropok lekor dan lain2 berhadapan dengan laut.
-dekat juga dengan kedai air buah gelas besar.. order la gelas sebesar mana yang anda mahu.
-boleh ke bandar kuala terengganu dengan menaiki bot penambang terus ke pasar besar kedai payang. tambang RM1/person. boleh jugak tempah terengganu river cruise.. kalau nak cuba la..


kalau ada sesiapa yang berminat, boleh la tanya saya. kalau segan nak tanya saya, boleh la tanya kakak saya pulak.. Adah,,, hehehe...


p/s: malu bertanya sesat jalan

4 comments:

M a W a D D a H said...

wuyooo..dok citer pa kat aku...haha

terengganu river cruise kat mane wey??

NAJMU said...

bukan xmboh cite. tp dokdang cite. baru td pukul 6ptg tepon kate nok chalet lalu.

river cruise bot penambang la. sewa bot nambang menyusur sungai terengganu.

guane mung dok tahu

M a W a D D a H said...

ooo..kire baru la...sewa berapa??

haha..mu dok cite, guaner aku nok tahu...

NAJMU said...

setakat ni ayoh wi rm70 sebilik. tp hok ni dpt muroh sikit. sebab dok lengkap lg

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails