"saya telan panadol 16biji, ubat tahan sakit 8biji dengan minum air cocacola" jawab si adik ni
"kenapa adik telan mende2 ni" dengan perasaan ingin tahu
"sebab saya tension la" jawabnya
"adik kan muda lagi, kenapa tension pegi telan mende2 nih? tahu tak, adik bukannya dapat mati pun makan panadol, dapat merosakkan hati ade la" bebel aku
"bila hati dah rosak, lagi teruk kena selalu berubat, tambah lagi kos nak berubat, menyusahkan mak ayah dan orang lain, dan semestinya diri sendiri" bebel lagi aku nih..
"habis tu, saya dah tak boleh nak berfikir dah" kata si adik ni
"kita kan ada agama" kataku
"memang saya solat, saya berdoa, tapi still jumpa jalan buntu. saya pernah terjun ke laut sebab tension, tapi tak mati2 jugak" jawab si adik
astagfirullahh...
hhmmm... senang je manusia ni nak rosakkan diri sendiri..
susah je mak ayah besarkan kite, sampai besar..
bila dah besar, ingatkan boleh tolong mak ayah balik...
tapi tup... tup... nak bunuh diri pulak...
antara sebab yang aku perhatikan manusia ni nak bunuh diri adalah:
sebab pertama:-
masalah keluarga.
suami minum arak, kaki judi, suka berhutang, balik rumah, pukul isteri, pukul anak. bila anak tension, mula la pikir nak lari dari rumah la, nak bunuh diri la. sebab tu pentingnya institusi keluarga yang harmoni. bila keluarga berpecah belah, anak2 yang jadi mangsa. perlunya bertolak ansur antara sesama suami, isteri dan ahli keluarga untuk kesejahteraan bersama.
sebab kedua:-
"break up" dengan pakwe.
"si dia tinggalkan saya... uwaaaa!!",
"dia dah tinggalkan aku la, aku rasa hidup ni dah tak bermakna, baik aku bunuh diri jer"
yang ni satu alasan yang tak boleh aku nak terima. geli aku dengar. ape pentingnya pakwe dalam hidup kite? sekadar suke2 ade la kot.. kalau bertahan sampai ke jinjang pelamin, ok la jugak
sebab ketiga:-
masalah kesempitan hidup.
hutang sana, hutang sini. mana tak tension. last skali, bunuh diri jadi pilihan.
sebab keempat:-
gila...
sebab yang ini aku tak nak komen lebih2.. hehehe... sebab orang gila memang tak ada akal.
goodbye... i will die today.. |
tiga sebab jer aku boleh pikir sekarang nih. malas la nak pikir banyak2, naik gila jawabnya nanti.
hanya ada satu cara yang dapat mengatasi masalah kebuntuan hidup iaitu kembali kepada Allah..
bukan senang nak mencapai ketenangan hidup.
insyaAllah kalau kita kembali kepadaNya, dia akan dengar rintihan kita,,
cuma kita perlu sabar dalam menghadapi setiap ujianNya,,
lain orang, lain jenis ujian yang akan diterima, jadi jangan cepat melatah...
setiap orang ada keistimewaan dan kelebihan masing-masing,,, cuma bergantung kepada kita untuk menggunakannya..
sebenarnya aku terkilan sebab si adik ni bukannya nak dengar cakap aku... huhuhu...
aku cakap dia menjawab, aku cakap lagi dia menjawab..
last sekali aku malas nak cakap..
aku harap satu hari nanti dia akan sedar dan kembali ke pangkal jalan...
No comments:
Post a Comment