Social Icons

Pages

Monday, April 19, 2010

Surat daripada SYAITAN??

Hai manusia yang tersayang,

Sewaktu engkau mahu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi. Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingat apa2. Sememangnya engkau tidak membuang masa tidurmu.

Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh. Bagus sekali kawanku! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman. Jangan engkau susah-susah bangun dan memendekkan masa tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Janganlah engkau pedulikan azan subuh yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah wahai sayangku.

Aku juga melihat engkau memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Bagus sahabatku. Seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Pasti ada mata-mata yang terpikat dan terpesona melihat kecantikanmu itu. Sesungguhnya kecantikan yang ada padamu hendaklah ditonjolkan untuk tontonan ramai.

Aku juga melihat engkau jarang membaca Bismillah sebelum makan. Ini sangat bagus kerana kamu tidak memenatkan mulutmu. Makan lah dengan lahap dan sepuas2nya sayangku. Inikan rezeki dari Tuhanmu.

Sahabatku, aku lihat bila engkau bertemu sahabat handaimu, engkau mengucapkan "Hai", "Hoi", bukannya Assalamualaikum.. Bagus sahabatku, engkau tidak la nampak seperti kekampungan dengan mengucapkan perkataan seperti itu. Engkau telah mengikut trend semasa.

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat yang sejati. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat bersama-sama berjalan.... Kita akan berpegangan tangan menuju neraka jahanam. Betapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sahabatku..

Sahabatmu yang tercinta,,,
Syaitan

Credit to RaudhahTribune

AArrgghhhh!! Tiddaaakkk!!! adakah aku salah seorang sahabat syaitan??
'Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau memberi petunjuk kepada kami'
~pesanan buat diri yang sering alpa~

Thursday, April 15, 2010

Open Your Eyes (Bukalah matamu)

Pleezzee. tengok video ni kejap... Sangat best...I like it so much..


 

By: Maher Zain

Look around yourself
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony 
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No.. 
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time.. 
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there? 
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No.. 
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time.. 
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life.. 
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time.. 
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time.. 
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..
 
Artist: Maher Zain Album: Thank You Allah Copyright: Awakening Records 2009
   
And the video below is the same song but it story how a photographer become a Muslim.. Let's take a look... ;D... Kalau nak tengok lebih banyak lagi, bolehlah berkunjung ke Youtube ye kawan2..

 


Best kan?? uhuk.. uhukk (T_T).. Thanks Allah I was born as a Muslim..

Tuesday, April 13, 2010

Satu Kisah di Petang Isnin

Tersebutlah satu kisah di petang semalam bersama seorang kawan. Sedang sibuk mencari roti di koperasi, datang la seorang budak perempuan agak2 dalam 3 tahun yang baru lepas bermain. Main ape entah, lagaknye macam sangat dahaga..

Nak dijadikan cerita, saya tengah pegang teh ais yang yang sedap. Nak tau, budak perempuan tu datang, dia cakap "nak air".. Tiba-tiba jer kot... hhmm, dalam hati, apekah budak ni? dah la aku tak kenal. Aku lesing kang baru tau. Dengan baik hatinya, bagi la sikit sebab kesian dia tengah dahaga.. Si kawan saya ni masuk dalam koperasi cari barang. Ok, that's part is fine.. Lepas tu, saya masuk la dalam nak pergi bayar harga roti tuh ganti dengan kawan saya tu duduk dekat ngan budak perempuan tuh..

Keluar je dari koperasi tuh, terkejut tengok budak perempuan tuh tengah makan aiskrim.. Bukan aiskrim murah, tp aiskrim cornetto tu, yg mahal tuh, nampak tersangat la sedap dan nikmat sekali...


Then, saya tanya la si kawan saya ni.. Apa terjadi? Ini jawapan kawan saya " Tadi ada 2 orang student keluar dari koperasi, baru lepas membeli belah. Budak perempuan tu nampak la seorang student tu bawak aiskrim. Lepas tu, budak perempuan tu mintak aiskirm diorang. Yang aku tak tahan, student tu beli 2 aiskrim, yang murah satu, yang mahal satu.. Nak tau, budak perempuan tu taknak yang murah, dia mintak yang mahal"... Apekah?? Sungguh berani budak perempuan ni mintak sesuatu dengan orang asing.. Ish3.. Tergeleng-geleng kepala je yang aku mampu...

Friday, April 9, 2010

Sihat sebelum sakit

Assalamualaikum wbt

Setelah lama buat blog tanpa posting, akhirnya terlintas jua di hati nak menaip.. Bukannya apa, clinical attachment baru berakhir semalam, dan presentation hari ni. Kiranya, masa sibuk masa attachment dah berlalu.. akan datang, final exam.. and then, graduation.. yeyeye.. setelah 4 tahun bertungkus-lumus, berakhir jgk study nih.. kejap je masa berlalu... tak sabar nak balik rumah.. Sebut mengenai masa ni, teringat akan ingat lima perkara, sebelum lima perkara.. Korang mesti ingat kan, lagu yang dinyanyikan oleh raihan tuh..

5 perkara itu adalah sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Masa sihat sebelumnya datang masa sakit...

Hhhmmm, teringat time attachment kt hospital selama sebulan tuh. walaupun sebulan je, banyak yang saya belajar.. learn about life, relationship with other people, communication skill, reading skill (hehe, betapa susahnya nak baca tulisan doktor) and how much i appreciate on my health.

Bersyukur sangat bila dapat attach kt hospital yg kite dapat naik ke ward (hospital yang guna sistem manual la katakan), clerk case kt depan pesakit tu sendiri. at least kite dapat tengok sendiri keadaaan pesakit tuh.


Kesian jgk bila kawan2 yang lain yg attach kt hospital yg direstrictkan tak boleh naik ke ward tanpa kehadiran preceptor, semua maklumat tentang pesakit terus boleh dapatkan dari komputer, takpun ade preceptor yang baik hati tolong printkan sebab hospital tu gunakan sistem IT, dan ade jugak kawan2 saya yg dapat kes pesakit yang dah discharged, tak dapat langsung tgk pesakit tuh. tapi diorang kurang sibuk la berbanding dengan kitorang yang attach kat hospital bersistem manual nih... sedih bila tengok pesakit2 berbaring je kt atas katil bercadar putih, baju hijau. nak2 lagi bila attach kt ccu dan icu unit tambah2 lagi pesakit yg terbaring je atas katil. xsanggup nak tengok. lagi2 la saya rasa amat bersyukur atas nikmat sihat ni. xnak sakit2...


So, masa sihat ni la kita kena penuhi sepenuhnya dengan aktiviti yg bermanfaat. kadang2, ramai yg saya tengok orang sekarang ni xbersyukur atas nikmat sihat ni. yang merokok bukan main ramai lagi walaupun dekat kotak rokok tu dah ade gambar kanser paru2 la, anak yang cacat la, dan macam2 lagi. kajian menunjukkan yang kanser paru2 merupakan penyebab utama kematian yang disebabkan oleh kanser. Akan tetapi, jumlah perokok yang Malaysia ni tak pernah berkurang.


Mungkin ada si perokok yang tak nak berubah. Mungkin juga ada ada yang terlintas kat hati nak berubah, tetapi tidak berani mengambil langkah untuk berhenti. Dan mungkin jugak yang pernah berhenti, tapi tak kuat untuk meneruskannya, jadi terpaksa la merokok balik. Kenapa ini berlaku? Ini semua sebenarnya bergantung kepada si perokok itu sendiri. Nothing can change yourself but you. So, you have to change before it is too late..

Mula2 ingat nak letak gambar kanser paru2, kanser mulut dan macam2 penyakit yang disebabkan oleh rokok tu yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan Malaysia, tapi tiba2 tak jadi,, geli.... Mungkin kita tak nampak lagi kesan merokok tu pada diri sendiri buat masa sekarang, tapi sepuluh tahun, dua puluh akan datang, kita tak tahu.. It depends on you to decide..

Cuba bayangkan si ayah ni seorang perokok, dan si anak kepada si ayah ni ada penyakit asma. Kalau si anak ni terhidu asap rokok yang dihembus dengan nikmatnya oleh si ayah ni, semestinya keadaan asma si anak ni akan menjadi lebih teruk.

Asap rokok ni bukan sahaja boleh beri kesan yang buruk kepada si perokok itu sendiri, ia jugak boleh beri kesan buruk terhadap orang yang disekeliling.. Bukan setakat tu je, banyak duit yang hangus macam tu je sebab digunakan untuk beli rokok. Kan best kalau duit yang kita guna untuk beli rokok tu kita buat simpanan untuk masa susah ke, sedekahkan kat masjid ke, banyak pahala yang akan dapat tu. So, fikir-fikirkan lah…

Jadi, gunakanlah masa sihat ni dengan sebaiknya dengan kegiatan yang berfaedah dan jauhi benda2 yang memudaratkan. Sebab kita tak tahu, bila masa sakit kita akan sampai..

Tuesday, March 30, 2010

Letih

clinical attachment yg memenatkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails