Social Icons

Pages

Monday, March 26, 2012

Jelajah Sabah & Sarawak

Salam kawan-kawan..

Aku sebenarnya baru balik dari melancong.. hohoho..
seperti tajuk di atas tu, aku pegi jalan-jalan ke sabah dan sarawak
bertolak ke sarawak 17hb mac, pastu pegi sabah 20hb mac sampai la 23 hb mac..
memang sakan berjalan wey..
lari sekejap dari kerja yang tak pernah akan habis..

Cantik kan tempat dia..
gambar kat atas ni kat kundasang, area kandang lembu yang tompok-tompok hitam putih tu..
nanti-nanti la aku update kan aktiviti kitorang kat sana..
serius aku rasa seminggu memang tak cukup untuk aku puas jalan-jalan di sana..
papepun, memang best la..
sebab guna duit gaji sendiri..

Friday, March 2, 2012

Outing ke Pulau Perhentian

Assalamualaikum..

Jom ramai-ramai kita ke Pulau Perhentian..
Lari kejap dari ofis.
Asyik sibuk je buat keje..
Silap haribulan boleh jadi gila..
Kan.. Kan..

Jom intai-intai skit keindahan Pulau Perhentian..
Mesti akan jatuh hati punyalah..

Pantai yang best

Air yang jernih
Haaa... tengok puas-puas kejernihan air laut pulau perhentian.. sampai boleh nampak batu2 karang kat dalam air tu..
Actually, hari tu aku dah pergi dengan ayah, kawan dia dan kakak.. 
Trip yang tak dirancang pun.. tiba-tiba je ayah ajak pegi pulau..
Aku yang tak pernah pergi pulau ni, jadi excited gila la..
Nama je orang Terengganu, tapi pergi ke pulau memang tak pernah.. ooppss..

Buai laju-laju, sampai cucur atap

Macam-macam aktiviti boleh buat kat pulau ni.
Dengan pakej rm200 seorang (2 hari 1 malam), korang semua boleh pegi zoo marin, scuba diving, dan boleh buat BBQ lagi.. Sesuai untuk bersantai dengan kawan2.
Selain itu, korang boleh juga berkayak, main bola tampar, mandi pantai dan menikmati keindahan alam..
Disebabkan aku datang dengan orang tua, main buai je yang aku buat..
Teringin lagi datang ke sini dengan kawan-kawan.. Seriusly memang aku nak sangat datang lagi ke sini..
InsyaAllah, satu hari nanti..

Thursday, October 27, 2011

Dia yang bernama Pirah

Assalamualaikum wbt..

Adakah anda pernah mendengar binatang bernama pirah?
Kalau belum kenal, mari kita berkenalan dengan binatang ini..
Pirah atau dalam bahasa omputihnya, tick adalah sejenis parasit yang menghisap darah perumahnya..

Aisshh.. tengok gambar kartun pun dah rasa geli dengan mende alah ni..
Nama pirah ni orang terengganu yang panggil..
Biasa mende ni suka duk kat binatang macam lembu, kucing..
Tempat kesukaan nya ialah telinga, mata dan pelipat
Benda ni melekat dengan kuat, nak buang nya bukan main susah dan sakit kot...

Benda ni la yang telah menggigit aku masa pergi induksi aritu, lebih kurang sebulan dah..
Boleh dua tiga hari jugak sakit wooo,, pahtu gatal2 bukan main..
Lepas tu dia jadi merah2, berair dan gatal yang amat sangat.. Dah jadi infected dermatitis dah..
orang lain kena gigit rasa sakit kejap je, yang aku ni tak tahu nape sampai gatal dan merah2 yang teruk gila..

Itu la yang aku rasa seminggu ni, nak nanges rasa menahan gatal2..
Bila dah tak tahan ni, baru la gedik2 nak makan antibiotik ngan sapu ubat..
Mintak2 la boleh sembuh secepat yang mungkin, tak tahan dah gatal2 bawah pelipat lutut ni..
Asyik kena bungkus je ngn kain, kalau tak nanti berair dan busuk dan sakit..

Actually aku tak pernah kenal langsung dengan binatang ini sehinggalah benda alah ni gigit aku..
kalau tak, sampai bila2 pun aku tak akan kenal dengan benda alah ni..
wahai pirah, jangan hadirkan dirimu lagi dihadapanku..
aku benci..

Friday, August 5, 2011

Jika Terakhir Buatku



Oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMu

Oh Tuhan hidayahMu pernah hadir
Hingga kering air mataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untukku bernafas
Dan sujud mengabdi
PadaMu oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMu
Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
Hanya padaMu Tuhan

Oh Tuhan berikan daku petunjukMu
Untukku meniti ke jalan redhaMu
Izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMu
Oh tuhan...

Hanya kasihMu Tuhan
AmpunanMu ku damba


p/s: by saujana.. sebagai muhasabah untuk diri yang selalu leka dan lupa

Friday, July 8, 2011

Jom kurus cara sihat

Ada sesetengah orang yang aku jumpa
bertanya cara untuk kurus
kurus itu idaman semua orang
yelah, sape yang tak nak kurus,
bukan kurus cekeding tau
tapi kalau nak kurus tu
biar lah dengan cara sihat
jangan bila kurus, memakan diri pulak


ada yang ikat perut
tak makan langsung
last2 kena gastrik
tak pasal2 kene jumpa dokter
ditanya kenapa?
tak makan sebab nak kurus

Ni ada skit tips yang mungkin dpat membantu

1. Makan acapkali tapi dalam kuantiti yang sedikit
Kalo lapar, makan je la
Tapi jangan banyak pulak. sekadar mengalas perut

2. Jangan minum air lepas makan.
Tunggu dalam 20 hingga 30 minit, baru la minum air
Klao x., nnanti perot booooncit

3. Makan makanan yang seimbang. mesti ada protein, karbohidrat, lemak.

4. sebelum makan makanan yang berat, minum air dulu dan makan buah-buahan.
Dengan cara ni, kita akan rasa cepat kenyang, dengan itu dapat mengurangkan pengambilan nasi yang berlebihan. cuba la...

5. berhenti sebelum kenyang. ni semua aku rasa semua orang dah tahu..
tapi, ada je yang buat-buat tak tahu... kan? kan? kan?

6. rajin-rajin la bersenam. biar keluar peluh tu skit..
lemak-lemak dalam badan pun akan terbakar dengan jayanya..
banyak-banyakkan minum  air masak, biar lemak yang terbakar tu dapat keluar dengan gembiranya..

7. rajin-rajin la berpuasa. tapi jangan niat semata-mata nak kurus. tak dapat pahala karang.
puasa tu biarlah ikhlas ye.. ni dah nak bulan puasa dah ni..

ada yang nak kurus punya pasal
makan ubat kurus tanpa nasihat dokter
kadang2 dalam ubat tu ditambah bahan yang dikawal
yang kita pengguna ni tak tahu
last2 kena penyakit lain disebabkan kesan sampingan ubat kurus tu
kan naya pulak tu
bukannya sikit, tapi banyak kes yang kita dengar.
jadi, sila ambil pengajarannya. ok..

info tambahan: aku ada terbaca yang banyak tidur boleh menyebabkan kurus.. hmmm...betul ke??

Sunday, June 26, 2011

Aku yang Nakal

Masa dulu-dulu...
waktu kecik-kecik..
hari ku dipenuhi dengan aktiviti dari pagi hingga ke petang...
aku suka~~~

panjat pokok jambu golok (orang ganu panggil) aka pokok gajus. pastu, kalo ade beli buah pelam (mangga), bawak skali pelam yang belum dikupas naik atas pokok. kat atas pokok tu, kupas kulit guna gigi, pastu baling2 ke bawah (macam monyet je perangai tak senonoh itu)

cari port yang best nak wat khemah dengan anak saudara, yang paling best pernah buat bawah pokok rhu.. wat khemah guna pelepah nyor (kelapa), tiang gune buluh (cari kat pantai), ikat dengan rapia (beli kat kedai)... bila khemah dah siap, rembat periuk kat dapur wat masak megi guna kayu api.... peeerrgghhh,, best gile kot..makan panas2 kat khemah buatan sendiri...

balik skolah je, g kat khemah tu. bawak buku.. nak stadi konon... tengok2 tido krohh krohh.. time sakit ati bila mamat hitam tumpang duk khemah kitorang.

pergi pantai mandi laut dari pagi sampai petang tak balik2 sampai kena hambat.. kulit pun jadi cam arang terbakar jer, asyik mandi sepanjang hari.tak kisah gelap, asalkan puas hati mandi laut. alhamdulillah umur panjang, tak lemas... hehehe..

main anak-anakan (tak tau orang luar panggil ape), permainan glemer time budak2 dulu.. sampai bawak tidur skali..

main masak-masak ngan anak sedara.. yang tak tahan tu, guna api betul lak tu.. sampai kain hangus berlubang pun tak perasan.. hohohoho.. masak rumput, goreng lumpur, tanak pasir.... ekekeke....

main basikal sampai masuk kampung orang. jauh lak tu.. tak tahu ape motif, yang penting boleh main basikal.. sampai terkencing jatuh basikal pun tak kisah..
pernah kene kejar orang gila naik basikal warna merah, tapi steady ah, sebab aku pembonceng je masa tu... ahahahaha.. tapi cuak jugak kot...

tapi sekarang,
dari pagi sampai petang,
keje.. keje.. keje...
huhuhu...
sesungguhnya, kenangan itu indah....



p/s: waktu kecik dulu, korang pernah berak dalam semak tak??(tak senonoh punya pertanyaan, hehehehe....)

(just sharing : lecturer aku kat matrik aku dulu pesan jangan ingat perkara lampau, nanti sel otak akan mati, sebab tu otak jadi lembab.. so, kalau nak otak berkembang, kene selalu berfikir kehadapan.. selamat beramal)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails