Social Icons

Pages

Sunday, June 26, 2011

Aku yang Nakal

Masa dulu-dulu...
waktu kecik-kecik..
hari ku dipenuhi dengan aktiviti dari pagi hingga ke petang...
aku suka~~~

panjat pokok jambu golok (orang ganu panggil) aka pokok gajus. pastu, kalo ade beli buah pelam (mangga), bawak skali pelam yang belum dikupas naik atas pokok. kat atas pokok tu, kupas kulit guna gigi, pastu baling2 ke bawah (macam monyet je perangai tak senonoh itu)

cari port yang best nak wat khemah dengan anak saudara, yang paling best pernah buat bawah pokok rhu.. wat khemah guna pelepah nyor (kelapa), tiang gune buluh (cari kat pantai), ikat dengan rapia (beli kat kedai)... bila khemah dah siap, rembat periuk kat dapur wat masak megi guna kayu api.... peeerrgghhh,, best gile kot..makan panas2 kat khemah buatan sendiri...

balik skolah je, g kat khemah tu. bawak buku.. nak stadi konon... tengok2 tido krohh krohh.. time sakit ati bila mamat hitam tumpang duk khemah kitorang.

pergi pantai mandi laut dari pagi sampai petang tak balik2 sampai kena hambat.. kulit pun jadi cam arang terbakar jer, asyik mandi sepanjang hari.tak kisah gelap, asalkan puas hati mandi laut. alhamdulillah umur panjang, tak lemas... hehehe..

main anak-anakan (tak tau orang luar panggil ape), permainan glemer time budak2 dulu.. sampai bawak tidur skali..

main masak-masak ngan anak sedara.. yang tak tahan tu, guna api betul lak tu.. sampai kain hangus berlubang pun tak perasan.. hohohoho.. masak rumput, goreng lumpur, tanak pasir.... ekekeke....

main basikal sampai masuk kampung orang. jauh lak tu.. tak tahu ape motif, yang penting boleh main basikal.. sampai terkencing jatuh basikal pun tak kisah..
pernah kene kejar orang gila naik basikal warna merah, tapi steady ah, sebab aku pembonceng je masa tu... ahahahaha.. tapi cuak jugak kot...

tapi sekarang,
dari pagi sampai petang,
keje.. keje.. keje...
huhuhu...
sesungguhnya, kenangan itu indah....



p/s: waktu kecik dulu, korang pernah berak dalam semak tak??(tak senonoh punya pertanyaan, hehehehe....)

(just sharing : lecturer aku kat matrik aku dulu pesan jangan ingat perkara lampau, nanti sel otak akan mati, sebab tu otak jadi lembab.. so, kalau nak otak berkembang, kene selalu berfikir kehadapan.. selamat beramal)

Thursday, June 23, 2011

Home Sweet Home

Saya suka rumah saya....
Kenapa???
sebab...  sebab..

Rumah di zaman kanak-kanak.. kini tiada lagi.. yang tinggal hanya kenangan
atap genting, dinding papan, air telaga..
berakhir riwayat 3 tahun yang lepas

jeng... jeng... jeng...
rumah generasi baru, dalam pembinaan
lebih kurang sama dengan rumah lama. hehe..
Dah jadi 2 tingkat
kucing jadi model rumah generasi baru

 lima puluh peratus siap


Taraaaa,, dah boleh duduk, walaupun tak sepenuhnya siap..

Rumah saya tahun 2011...
saya suka rumah saya
sebab dia BEST!!!...
jangan segan-segan datang ye...

Friday, February 25, 2011

Gambar sensored.. Jangan tengok!!

Gambar di bawah adalah gambar sensored yang pernah aku rakam..
siap peluk2 lagi tuh..  ish3..
korang ni, aku dah cakap, jangan tengok..
korang tengok jugak..
ape la...
ni dia ha...

tengok ha... dating kat tempat terbuka... tak malu betul.. ish3..

aku snap curi2 dari belakang..
kang aku snap dari depan lari pulak kang,, malu konon.
sori la, nampak gambar buntut je ha..,
ape nak jadi la dengan budak2 nih.. 
ni ade lagi gambar yang sempat aku snap..

Peluk2 la pulak.. lagi teruk nih..
haa,, kang aku dah cakap, gambar sensored betul ni..
korang tengok jugak..
hahahaha..

haaa,, ni lagi satu.. buat muka cute.. bajet orang tergoda la tu..
dah2.. pergi buat keje.. udah2 la tu tengok gambar sensored.. ish3...

Wednesday, January 5, 2011

Kenapa nak bunuh diri??

"adik, adik telan ape semalam?" tanya aku kepada gadis berumur 20 tahun itu

"saya telan panadol 16biji, ubat tahan sakit 8biji dengan minum air cocacola" jawab si adik ni

"kenapa adik telan mende2 ni" dengan perasaan ingin tahu

"sebab saya tension la" jawabnya

"adik kan muda lagi, kenapa tension pegi telan mende2 nih? tahu tak, adik bukannya dapat mati pun makan panadol, dapat merosakkan hati ade la" bebel aku

"bila hati dah rosak, lagi teruk kena selalu berubat, tambah lagi kos nak berubat, menyusahkan mak ayah dan orang lain, dan semestinya diri sendiri" bebel lagi aku nih..

"habis tu, saya dah tak boleh nak berfikir dah" kata si adik ni

"kita kan ada agama" kataku

"memang saya solat, saya berdoa, tapi still jumpa jalan buntu. saya pernah terjun ke laut sebab tension, tapi tak mati2 jugak" jawab si adik

astagfirullahh...
hhmmm... senang je manusia ni nak rosakkan diri sendiri..

susah je mak ayah besarkan kite, sampai besar..
bila dah besar, ingatkan boleh tolong mak ayah balik...
tapi tup... tup... nak bunuh diri pulak...

antara sebab yang aku perhatikan manusia ni nak bunuh diri adalah:

sebab pertama:-

masalah keluarga.
suami minum arak, kaki judi, suka berhutang, balik rumah, pukul isteri, pukul anak. bila anak tension, mula la pikir nak lari dari rumah la, nak bunuh diri la. sebab tu pentingnya institusi keluarga yang harmoni. bila keluarga berpecah belah, anak2 yang jadi mangsa. perlunya bertolak ansur antara sesama suami, isteri dan ahli keluarga untuk kesejahteraan bersama.

sebab kedua:-

"break up" dengan pakwe.
"si dia tinggalkan saya... uwaaaa!!",
"dia dah tinggalkan aku la, aku rasa hidup ni dah tak bermakna, baik aku bunuh diri jer"
yang ni satu alasan yang tak boleh aku nak terima. geli aku dengar. ape pentingnya pakwe dalam hidup kite? sekadar suke2 ade la kot.. kalau bertahan sampai ke jinjang pelamin, ok la jugak

sebab ketiga:-

masalah kesempitan hidup.
hutang sana, hutang sini. mana tak tension. last skali, bunuh diri jadi pilihan.

sebab keempat:-


gila...
sebab yang ini aku tak nak komen lebih2.. hehehe... sebab orang gila memang tak ada akal.

goodbye... i will die today..

tiga sebab jer aku boleh pikir sekarang nih. malas la nak pikir banyak2, naik gila jawabnya nanti.

hanya ada satu cara yang dapat mengatasi masalah kebuntuan hidup iaitu kembali kepada Allah..
bukan senang nak mencapai ketenangan hidup.
insyaAllah kalau kita kembali kepadaNya, dia akan dengar rintihan kita,,
cuma kita perlu sabar dalam menghadapi setiap ujianNya,,
lain orang, lain jenis ujian yang akan diterima, jadi jangan cepat melatah...
setiap orang ada keistimewaan dan kelebihan masing-masing,,, cuma bergantung kepada kita untuk menggunakannya..

sebenarnya aku terkilan sebab si adik ni bukannya nak dengar cakap aku... huhuhu...
aku cakap dia menjawab, aku cakap lagi dia menjawab..
last sekali aku malas nak cakap..
aku harap satu hari nanti dia akan sedar dan kembali ke pangkal jalan...

Thursday, December 30, 2010

Ahh.. TIDAKKK!!!!

Aaaaa... TIDAAAKKKK!!!!
TIDAAKKK!!!!!

jam tangan masuk jamban...
uwaaa..
tidaakk!!

jam tangan mahal tu..
susah payah kumpul duit,
tiba2 masuk lubang jamban pulak,
free-free jer masuk ke situ,
nak harapkan orang yang bagi,
berjanggut la aku..

ape lagi..
ambik cepat2..
heee..
yang penting,
jam itu dapat diselamatkan..

harap-harap semua bakteria dan patogen mati lepas aku bagi dettol nih..


p/s: sambil menyuruh anak sedara cari dettol nak samak sampai bersih...

Wednesday, November 10, 2010

Oh, Anakku...

Assalamualaikum wbt..

4 minggu telah berlalu, dan 4 minggu lagi masih berbaki untuk aku berbakti...

satu pengalaman yang ingin dikongsi...

Ada seorang nenak tua ni telah dimasukkan ke hospital. Keadaannya memang lemah sangat dan sudah berumur kira2 70 tahun lebih. Apa yang menyebabkan aku tidak puas hati adalah kerana ahli keluarganya tidak sanggup membawa pulang nenek tua ini, dan menyerahkan tugas menjaga nenek tua ini kepada pihak hospital. (ingat hospital tu badan kebajikan ke?).. huhuhuhu...

Bila keadaan nenek ini semakin pulih, (tapi tak dapat berjalan, memerlukan penjagaan setiap masa, dan perlu diberi makan melalui tiub melalui hidung), dan dibenarkan pulang ke rumah, ahli keluarga nenek ini tidak mahu menjaga nenek ni.. antara ayat2 mereka...

"kami tak bersedia la untuk jaga dia"
"tidak boleh ke hospital je yang jaga?"

ohh.. tidak!!! ada juga manusia yang lepas tangan untuk menjaga ibu mereka yang sudah tua. walau apa pun dosa mereka, mereka tetap ibu yang melahirkan.

Cukup azabnya ibu mengandung
Bulan berjalan hari dihitung
Ibu berserah rugi dan untung
Kepada Allah meminta tolong

Cukuplah bulan dengan harinya
Seorang putra dilahirnya
Bidan menyambut dengan lembutnya
Hampir si ibu hilang nyawanya

sedih aku tiap kali melihat nenek ini..
agaknya apa ada dalam hati si ibu yang tua yang malang itu bila diperlakukan sebegitu rupa.

"oh anak2 ku, sampai hati kau biarkan ibu macam ni.."

lonely heart of a mother (pic: google)

mungkin itu yang difikirkan si ibu sambil menangis dalam hati,, mengharap secubit kasih sayang anaknya di penghujung usia..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails